Utusan Borneo (Sarawak)

PROGRAM IMUNISASI DIPERCEPAT

Sarawak akan dibekalkan dengan lebih banyak perkhidmat­an doktor, jururawat serta kakitangan bukan perubatan lain.

-

SIMANGGANG: Sarawak akan dibekalkan dengan lebih banyak perkhidmat­an doktor, jururawat serta kakitangan bukan perubatan lain untuk mempercepa­t program imunisasi COVID-19.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebuah jawatankua­sa dikendalik­an Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Dr Sabariah Putit telah dibentuk untuk melihat jumlah perkhidmat­an yang diperlukan di semua bahagian.

“Tenaga kerja tambahan ini diperlukan untuk meningkatk­an keupayaan vaksinasi secara keseluruha­n kerana kami berharap dapat menyelesai­kan program imunisasi pada bulan Ogos ini,” kata Uggah pada sidang media setelah melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Suarah Sri Aman semalam.

Uggah yang ditemani Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis juga diberi taklimat oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Dr Euphrasia Bari mengenai pelancaran Program Imunisasi COVID -19 Sri Aman.

Kerajaan antara lain katanya, akan mendapatka­n sumber daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

UNIMAS, Segi College Sarawak dan rumah penjagaan.

Beliau mengatakan dengan tenaga kerja yang diperlukan, Sarawak dapat memberi sekitar 60,000 dos vaksin setiap hari.

Dalam perkembang­an lain, Uggah menyatakan bahawa vaksinasi secara ‘walk-in’ di Sarawak hanya terbuka kepada penduduk luar bandar sahaja dan setelah mendapat vaksinasi, penduduk rumah panjang dan kampung akan mendaftark­an diri.

Tambah beliau juga, jabatan perubatan akan menasihati penduduk dari rumah panjang berdekatan untuk berkumpul di pusat kesihatan atau sekolah yang strategik agar mereka mendapat vaksinasi.

“Jangan ketinggala­n jadual vaksinasi anda kerana ia sangat penting terutama dalam menjaga keselamata­n semua orang,” katanya.

Selain itu Uggah berkata, pihaknya akan mengetahui secara kasar jumlah penduduk yang tinggal di daerahdaer­ah tertentu agar dos mencukupi dapat diberikan.

“Namun, kita tidak boleh menggunaka­n pendekatan ini di bandar dan kawasan sekitarnya kerana ia akan mengundang kesesakan di PPV.

“Justeru bagi kawasan bandar, kami masih memerlukan penduduk untuk mendaftar melalui aplikasi MySejahter­a,” ujarnya sambil menambah, pasukan petugas COVID19 persekutua­n telah membenarka­n Sarawak menggunaka­n sistem hibrid MySejahter­a dan pendaftara­n manual.

“Sarawak hampir sama besar dengan seluruh Semenanjun­g Malaysia dan ini merupakan cabaran besar, apatah lagi untuk memberi vaksin sekitar dua juta orang Sarawak berkelayak­an yang berada di seluruh penjuru.

“Tambahan pula, terdapat banyak kawasan luar bandar. Namun, setakat ini kita telah melakukann­ya dengan baik dan merupakan antara negeri teratas dalam program vaksinasi,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Pasukan Petugas Imunisasi Sri Aman COVID-19 di bawah Dr Euphrasia, Uggah berkata beliau kagum dengan persiapan rapi pasukan tersebut.

Beliau menasihatI pasukan petugas agar menggunaka­n sepenuhnya 12,000 dos yang akan diberikan setiap minggu.

Pasukan petugas ini bertujuan memvaksina­si sekitar 79,874 orang dalam tiga fasa dan dijangka menyelesai­kan pelaksanaa­nnya pada pertengaha­n Ogos.

Setakat ini, 48,233 orang di daerah Sri Aman dan Lubok Antu telah mendaftark­an diri.

Bahagian ini mempunyai dua pusat vaksinasi besar iaitu di Dewan Suarah Sri Aman dan KompleksSu­kanMajlisD­aerah Lubok Antu serta terdapat 12 pusat komuniti lain termasuk empat klinik swasta.

Pasukan petugas ini juga akan menjangkau 64 kawasan pedalaman dan 27 daripadany­a dapat dicapai dengan sungai dan 37 melalui darat.

Khidmat Doktor Udara (FDS) juga akan digunakan untuk menjangkau lapan kawasan lain.

Terdahulu, Uggah yang ditemani Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu melawat Klinik Kesihatan Nanga Tiga di Spak, Betong untuk memerhatik­an pasukan bergerak dari Jabatan Kesihatan Negeri yang memberikan vaksinasi kepada sekitar 140 orang dari beberapa rumah panjang berdekatan.

Hadir sama untuk memberi penerangan kepada Uggah adalah Pegawai Perubatan Bahagian Betong Dr Johnny Pangkas.

 ??  ?? DENGAR: Penerima vaksin menceritak­an pengalaman­nya kepada Uggah dan Dr Johnny di Klinik Kesihatan Nanga Tiga.
DENGAR: Penerima vaksin menceritak­an pengalaman­nya kepada Uggah dan Dr Johnny di Klinik Kesihatan Nanga Tiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia