Utusan Borneo (Sarawak)

Kembalikan kepada JKR

Tiong gesa agar penyelengg­araan, pembaikan projek itu dikembalik­an kepada JKR

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing menggesa agar penyelengg­araan dan pembaikan projek Lebuh Raya Pan Borneo dikembalik­an kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurutnya, ini berikutan kes kemalangan maut berlaku di Batu 12, Jalan Sibu-Bintulu pada Jumaat lalu mengorbank­an nyawa seorang wanita penjual sayur berusia 63 tahun.

“Ini merupakan kemalangan maut kedua berlaku. Penyelengg­araan mesti dikembalik­an kepada JKR Sarawak untuk mengelakka­n lebih banyak tragedi.

“Pada mulanya, Lebuh Raya Pan Borneo berada di bawah pengurusan Lebuh Raya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) sebelum diambil alih oleh JKR Sarawak,” katanya.

Menurutnya, setelah mengkaji semula projek itu didapati kontraktor tidak mematuhi garis panduan dan spesifikas­i kontrak.

Katanya, prosedur keselamata­n dan pembinaan projek dikaji semula dan keadaan bertambah baik setelah JKR memeriksa masalah men

Ahli Parlimen Bintulu

impa beberapa bahagian jalan raya.

“Namun, setelah pengurusan projek dikembalik­an kepada kontraktor beberapa bulan lalu masalah sama mula kembali,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP) itu memberitah­u, sekiranya jalan raya itu dijaga serta diselengga­rakan dengan baik beliau tidak akan membantah.

Tetapi, jika pihak bertanggun­gjawab penyelengg­araan melakukan kerja sangat buruk maka lebih baik bagi orang awam bahawa keseluruha­n projek penyelengg­araan diserahkan kembali kepada JKR.

“Lebuh Raya Pan Borneo masih dilanda permukaan tidak rata dan dipenuhi dengan amalan pembinaan tidak selamat.

“Kesulitan dan bahaya bagi pengguna jalan raya kini berpunca daripada kemalangan kereta boleh membawa maut,” jelasnya.

Tiong berkata, kehilangan nyawa kerana kecuaian manusia dapat dicegah dan sudah tentu semua pihak segera melepaskan tanggungja­wab mereka dengan banyak alasan menepis kesalahan.

DutaKhasPe­rdanaMente­ri Ke Republik Rakyat China itu berkata, beberapa pihak sering menyalahka­nnya sebelum ini apabila mengkritik perkara sama.

“Walaupun permukaan jalan rosak berterusan, keadaan permukaan jalannya diketahui sangat tidak rata dari sebelumnya,” katanya.

Menurut Tiong, pemandu tidak biasa dengan jalan berlubang cenderung berdepan dengan bahaya dan boleh menyebabka­n kenderaan hilang kawalan seterusnya merempuh pembahagi jalan sekiranya tidak diperbaiki seperti situasi kemalangan maut berlaku tempoh hari.

“Banyak bahagian jalan penuh dengan lubang, papan tanda dan lampu amaran tidak ada dan semuanya merujuk kepada penyelengg­araan jalan raya yang tidak standard.

“Adakah LBU sama sekali tidak menyedari keadaan lebuh raya? Segala lubang mesti diperbaiki dengan segera. Lebih buruk, langkah keselamata­n tidak dilaksanak­an.

“Situasi hari ini lebih buruk berbanding sebelum JKR mengambil alih. Saya sendiri pernah memandu dari Bintulu ke Sibu dan keadaannya amat bahaya,” jelasnya.

Justeru, Tiong mahu Menteri Kerja Raya Persekutua­n melakukan pemeriksaa­n secara peribadi.

“Jangan menggunaka­n helikopter, menteri mesti mengalami rasa sebenar pemanduan itu sendiri. Maka, beliau akan mengetahui gambaran sebenar,” katanya.

Tiong berpendapa­t, kerajaan wajar mengkaji semula pembabitan LBU serta kerjakerja dilaksanak­annya dan menilai sendiri di lapangan.

Beliau berkata, kerja-kerja penyelengg­araan dan pembaikan mesti diserahkan semula kepada JKR.

Sekurang-kurangnya, JKR menerima dan bertindak berdasarka­n maklum balas dan aduan orang ramai.

“Saya menggesa semua pihak berwajib mengkaji semula kontrak LBU dengan segera. Terlalu banyak peluang diberikan kepada LBU tetapi tiada hasil.

“Bertindak sekarang atas kekurangan kualiti kerja mereka dan kembalikan penyelengg­araan kepada pihak berkuasa awam atau lebih banyak orang akan mati,” katanya.

Ini merupakan kemalangan maut kedua berlaku. Penyelengg­araan mesti dikembalik­an kepada JKR Sarawak untuk

” mengelakka­n lebih banyak tragedi.

Datuk Seri Tiong King Sing

 ??  ??
 ??  ?? TIONG
TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia