Utusan Borneo (Sarawak)

Kes baharu COVID-19 di Sarawak terus meningkat

Jumlah jangkitan baharu COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 744 kes semalam berbanding 544 kes pada Ahad

-

Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Kuching (121), Bintulu (103), Tatau (74), Sibu (63), Kapit (52), Sarikei (47), Subis (45), Song (44), Sri Aman (31), Meradong (26), Tanjung Manis (22), Lubok Antu (20) dan Miri (20).

JPBNS

KUCHING: Jumlah jangkitan baharu COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 744 kes semalam berbanding 544 kes pada Ahad, menjadikan angka keseluruha­n kepada 56,187.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 413 atau 55.51 peratus telah dikesan di lima daerah iaitu Kuching, Bintulu, Tatau, Sibu dan Kapit.

“Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Kuching (121), Bintulu (103), Tatau (74), Sibu (63), Kapit (52), Sarikei (47), Subis (45), Song (44), Sri Aman (31), Meradong (26), Tanjung Manis (22), Lubok Antu (20) dan Miri (20).

“Turut merekodkan kes baharu ialah Lundu (16), Mukah (13), Telang Usan (11), Serian (6), Samarahan (5), Bukit Mabong (4), Pakan (4), Bau (3), Kanowit (3),

Tebedu (3), Julau (2), Dalat (2), Selangau (1), Sebauh (1), Betong (1) dan Beluru (1),” katanya dalam kenyataan semalam.

JPBNS menambah, daripada 744 kes baharu yang dilaporkan, seramai 61 orang telah menunjukka­n tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala seramai 588 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin,” katanya.

Sementara itu, JPBNS turut memaklumka­n terdapat lima kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kematian di Sarawak kini meningkat seramai 356 orang.

Kesemua lima kes kematian itu katanya, melibatkan empat lelaki dan seorang wanita berumur antara 50 hingga 85 tahun.

Semalam juga terdapat 412 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj.

Manakala jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 9,711 orang.

Sementara, seramai 744 individu disyaki (PUI) baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia