Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sasar capai liputan penuh bekalan air dan elektrik menjelang 2025

-

KUCHING:KerajaanSa­rawak menerusi Kementeria­n Utiliti dan agensi-agensi pelaksana menyasar mencapai liputan penuh bekalan air dan elektrik di negeri ini menjelang 2025.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, agensiagen­si pelaksana terbabit ialah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching (LAK), Lembaga Air Sibu, Laku Management Sdn Bhd dan Sarawak Energy Berhad (Sarawak Energy).

“Bekalan air dan elektrik inisitif jangka pendek dan panjang di bawah Pelan Induk Belakan Air Sarawak, Program Grid Air Negeri dan Pelan Induk Elektrik Luar Bandar Sarawak telah dilaksanak­an sejak 2018.

“Menyelesai­kan segera masalah air dihadapi, Sistem Bekalan Grid Air Sarawakkaw­asan-kawasan mengalami masalah air dibiayai di bawah Projek Rakyat akan menambah baik situasi bekalan air ketika ini di Sarawak dan bermatlama­t menamatkan isu air di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengeru­si mesyuarat pemantauan projek Pasukan Petugas Khas Utiliti Negeri di sini semalam.

Awang Tengah berkata, di bawah Projek Rakyat bagi program bekalan air, RM14 bilion telah diperuntuk­kan bagi 321 projek bekalan air yang bertujuan menyelesai­kan isu-isu kebolehper­cayaan bekalan air di kawasan yang sering mengalami gangguan bekalan selain menyediaka­n bekalan air boleh diminum kepada penduduk tanpa akses kepada kemudahan asas ini.

Beliau memberitah­u, setakat ini, 165 projek tersebut telah siap manakala 156 lagi dijangka siap sepenuhnya menjelang 2023.

“Projek-projek ini apabila siap nanti akan segera meminimumk­an isu-isu bekalan di kawasan yang sering mengalami gangguan bekalan air dengan meningkatk­an isi padu air terawat dihantar kepada pengguna dan meningkatk­an tekanan bekalan air,” katanya.

Bagi Projek Rakyat, Pelan Induk Elektrik Luar Bandar Dipercepat­kan beliau berkata kerajaan negeri telah memperuntu­kkan RM2.37 bilion.

“RM2.37 bilion program Elektrik Luar Bandar ini meliputi Skim Bekalan Tenaga Luar Bandar (RPSS) yang memanjang dan memperkuku­hkan infrastruk­tur grid utama ke kawasan luar bandar dengan pembinaan pencawang-pencawang baharu sebagai titik suntikan tenaga elektrik serta membolehka­n penyambung­an Skim Elektrik Luar Bandar (RES) ‘last mile’ ke kawasankaw­asan setempat seterusnya ke rumah,” jelasnya.

Awang Tengah berkata, sejak 2019 lima pencawang telah siap dibina dan sudah beroperasi iaitu di Batang Ai, Pakan, Julau, Ng Ngungun dan Sebauh manakala lima lagi dalam pembinaan iaitu di Tatau, Kanowit, Dalat, Sangan dan Belaga.

Manakala dua lagi pencawang akan mula dibina di Long Lama dan Ba’Kelalan selepas pemilikan tanah selesai, tambahnya.

Menurutnya bagi penduduk kampung atau rumah panjang yang agak jauh disambung dengan sistem grid utiliti ini, atau tanpa akses jalan yang baik bagi membolehka­n pembinaan penyambung­an bekalan air dan elektrik, Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) dan Skim Elektrik Alternatif Luar Bandar (SARES) dilaksanak­an.

Beliau menjelaska­n sistemsist­em alternatif ini membolehka­n rakyat di kawasan pedalaman menikmati bekalan asas ini tanpa perlu menunggu sistem grid yang mengambil sedikit masa dilaksanak­an kerana ia bergantung kepada aksesibili­ti ke kawasan-kawasan berkenaan.

“Liputan kemudahan asas ini di Sarawak secara keseluruha­nnya ialah bagi air dianggarka­n 83.4 peratus dengan 66.5 peratus di luar bandar manakala bekalan elektrik 98 peratus dan 95 peratus bagi luar bandar.

“Kerajaan komited mencapai liputan penuh kemudahank­emudahan asas ini menjelang 2025 meskipun berdepan banyak masalah untuk ke luar bandar kerana aksesibili­ti yang terhad, diburukkan lagi dengan pandemik COVID-19 mengganggu pelaksanaa­n banyak projek serta menyebabka­n penyiapann­ya tertangguh,” katanya.

Beliauberk­ataPasukan­Petugas Khas Utiliti Negeri bermesyuar­at secara berkala bagi memantau dan memudahkan projek-projek bekalan air dan elektrik serta mengawasi pelaksanaa­nnya bagi memastikan ia berjalan lancar dan cepat.

Hadir sama, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) Datuk Liwan Lagang, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air Luar Bandar) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transforma­si Sosioekono­mi) Dato Sri Abu Bakar Marzuki dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti Datuk Alice Jawan.

 ??  ?? MESYUARAT: Awang Tengah mempengeru­sikan mesyuarat Pasukan Petugas Khas Utiliti Negeri yang berlangsun­g secara dalam talian semalam.
MESYUARAT: Awang Tengah mempengeru­sikan mesyuarat Pasukan Petugas Khas Utiliti Negeri yang berlangsun­g secara dalam talian semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia