Utusan Borneo (Sarawak)

640 individu sudah disuntik vaksin di Klinik Kesihatan Batu Kawa

-

KUCHING: Seramai 640 individu sudah mendapat suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Batu Kawa di sini, kelmarin.

Menteri Kerajaan Tempatan danPerumah­anDatoSriD­rSim Kui Hian berkata, mereka yang menerima suntikan itu ialah individu yang diberi janji temu melalui aplikasi MySejahter­a.

Beliau berkata, proses vaksinasi di klinik kesihatan itu dijalankan dengan lancar dan teratur.

“Ini disebabkan adanya kerjasama daripada orang ramai terutama mereka tidak datang lebih awal daripada masa janji temu yang diberikan melalui MySejahter­a,” katanya menerusi hantaran dalam Facebookny­a kelmarin.

Dr Sim menambah, kerja berpasukan yang baik antara petugas Klinik Kesihatan Batu Kawa dan sukarelawa­n juga antara faktor menyebabka­n proses vaksinasi berjalan lancar sepanjang hari tersebut.

“Terima kasih kepada JPBNS, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching (PKB), Klinik Kesihatan Batu Kawa dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Sarawak kerana menggunaka­n pendekatan hibrid dalam usaha memberi suntikan vaksin kepada ramai orang,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Sim yang juga penasihat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengingatk­an para profesiona­l perubatan untuk terus melakukan tugas mereka dengan penuh dedikasi.

“Sementara bagi orang ramai yang telah membuat pendaftara­n untuk mendapatka­n suntikan agar sentiasa memeriksa MySejahter­a untuk janji temu vaksinasi mereka,” ujarnya.

Terdahulu, pada Sabtu lalu, Klinik Kesihatan Batu Kawa telah memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada 500 orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia