Utusan Borneo (Sarawak)

Daerah Lundu bertukar status Merah COVID-19

-

KUCHING: Daerah Lundu telah bertukar status Merah daripada Jingga semalam, setelah merekodkan sejumlah 43 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah sebanyak 29 daerah.

“Selain Lundu, daerah berstatus Merah ialah Telang Usan, Song, Sebauh, Kabong, Dalat, Bau, Marudi, Meradong, Lubok Antu, Beluru, Asajaya, Tanjung Manis, Tatau dan Bukit Mambong.

“Turut berstatus Merah ialah Betong, Sri Aman, Pakan, Kanowit, Selangau,

Subis, Mukah, Sarikei, Samarahan, Serian, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu,” katanya.

Manakala daerah Saratok kata JPBNS, telah kembali kepada status Kuning dengan 11 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Kuning sebanyak lapan.

Katanya, bagi daerah Betong pula telah kembali kepada status Jingga daripada status Merah dengan 38 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.

“Sementara daerah Tebedu telah bertukar daripada status Kuning kepada Jingga setelah merekodkan sejumlah 23 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Jumlah daerah berstatus Jingga kini sebanyak tiga daerah manakala tiada daerah berstatus Hijau,” jelasnya.

Mengenai notis kompaun, polis Sarawak mengeluark­an sebanyak 77 kompaun iaitu di daerah Sibu (39), Kuching (13), Bintulu (12), Miri (7), Padawan (3), Serian (2) dan Lawas (1) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kompaun yang telah dikeluarka­n sejak 18 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 7,761 kompaun.

“Manakala dua tangkapan telah dilakukan melibatkan seorang lelaki warga tempatan positif COVID-19 di

Jalan Datuk Patinggi Ali, Kuching yang melarikan diri dari HUS.

“Dan satu lagi melibatkan seorang lelaki warga Indonesia kerana melanggar SOP iaitu tidak memakai pelitup separuh muka di sebuah café di Bintulu,” ujarnya.

Sementara itu, Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula telah mengeluark­an lima kompaun di bawah seliaan pelbagai pihak berkuasa tempatan atas kesalahan pelanggara­n SOP.

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kompaun yang telah dikeluarka­n oleh PBT sejak 1 Februari 2021 hingga semalam adalah sebanyak 1,021 kompaun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia