Utusan Borneo (Sarawak)

JKNS isytihar dua kluster baharu COVID-19 di Sarawak

-

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytih­arkan dua kluster baharu COVID-19 iaitu satu masing-masing di daerah Sarikei dan Tatau.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kluster baharu diisytihar­kan semalam ialah Kluster Sungai Sentebu di Sarikei dan Kluster Ulu Sangan di Tatau.

Menurutnya, kedua-dua kluster itu merupakan satu kluster komuniti.

“Kluster Sungai Sentebu dikesan melibatkan sebuah lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) iaitu sebuah rumah panjang di kawasan Sungai Sentebu, Sarikei

“Jangkitann­ya berpunca daripada pergerakan sosial dan aktiviti berkumpul semasa sambutan ambang Hari Gawai pada 31 Mei 2021,” katanya dalam kenyataan semalam.

JPBNS menambah, sejumlah 69 individu disaring dengan 48 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan 21 kes didapati negatif.

“Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Sarikei dan PKRC di daerah Sarikei bagi tujuan pengasinga­n dan rawatan lanjut,” jelasnya.

Bagi Kluster Ulu Sangan pula, Jawatankua­sa itu berkata, ia dikesan melibatkan sebuah lokaliti di bawah PKPD iaitu sebuah rumah panjang di Ulu Sangan, Tatau.

Penularan berpunca daripada pergerakan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk rumah panjang tersebut.

“Sejumlah 59 individu disaring di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan 47 kes masih menunggu keputusan makmal.

“Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Bintulu dan PKRC di daerah Bintulu bagi tujuan pengasinga­n dan rawatan lanjut,” ujarnya.

JPBNS turut memaklumka­n satu kluster ditamatkan iaitu Kluster Mongkos, Tebedu setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster ini.

“Susulan itu, jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 83 kluster dengan 13 kluster merekodkan 146 penambahan kes baharu manakala 70 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia