Utusan Borneo (Sarawak)

Vaksinasi: Warga emas tunjuk teladan baik

Kepekaan mereka mendapatka­n suntikan vaksinasi COVID-19 wajar diberikan pujian

- Oleh Kepu Sidi

BINTANGOR: Kepekaan warga emas terutama dari kawasan luar bandar mendapatka­n suntikan vaksinasi COVID-19 wajar diberikan pujian, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing.

Katanya, situasi dan sokongan padu golongan ini terhadap usaha kerajaan mewujudkan imuniti kelompok wajar dijadikan teladan kepada semua pihak.

“Hasil pemantauan sejak fasa kedua suntikan vaksinasi dilancarka­n menyasarka­n warga emas dan kategori lain terutama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Meradong mendapat sambutan amat menggalakk­an.

“Kita lihat golongan terbabit amat bersemanga­t walaupun berdepan masalah kesihatan dan kesukaran bergerak ke PPV.

“Diharapkan mereka yang belum mendaftar segera mendaftar untuk kebaikan bersama melalui aplikasi MySejahter­a atau agensi kerajaan lain,” katanya ketika mengadakan tinjauan ke PPV Dewan Masyarakat Bintangor kelmarin.

Seramai 372 orang terdiri daripada warga emas dan kategori lain hadir mendapatka­n suntikan vaksin.

Ding berkata, masyarakat perlu sedar jalan terbaik memutuskan rantai wabak pandemik COVID-19 ini adalah terletak pada tahap displin masyarakat itu sendiri.

“Ini merangkumi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam menjalani kehidupan norma baharu.

“Masyarakat perlu sedar tanggungja­wab memutuskan rantaian pandemik COVID-19 ini adalah tanggungja­wab bersama dan bukan dibebankan kepada satu pihak sahaja,” jelasnya.

“Hasil pemantauan sejak fasa kedua suntikan vaksinasi dilancarka­n menyasarka­n warga emas dan kategori lain terutama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Meradong mendapat sambutan amat ” menggalakk­an.

Datuk Ding Kuong Hiing

ADUN Meradong

 ??  ?? SOKONGAN MORAL: Ding meluangkan masa bertemu masyarakat yang hadir mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19 di PPV Dewan Masyarakat Bintangor kelmarin.
SOKONGAN MORAL: Ding meluangkan masa bertemu masyarakat yang hadir mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19 di PPV Dewan Masyarakat Bintangor kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia