Utusan Borneo (Sarawak)

41 individu diberkas kerana terlibat mengadakan parti liar

-

KUCHING: Seramai 41 individu termasuk 10 warga asing diberkas dalam enam serbuan sempena Ops Parti Liar yang dijalankan di Kuching dan Padawan sepanjang tempoh 29 Mei hingga semalam.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, suspek terdiri daripada 27 lelaki dan 14 wanita, berusia antara 18 hingga 42 tahun ditahan dengan pelbagai kesalahan dadah.

Beliau menjelaska­n, memandangk­an pusat-pusat hiburan tidak dibenarkan beroperasi sepanjangt­empohPerin­tahKawalan Pergerakan 3.0 ini, trend penyalahgu­naan dadah telah bertukar kepada penganjura­n parti-parti liar yang diadakan secara tertutup di kediamanke­diaman bagi mengelakka­n dikesan pihak berkuasa.

“Namun, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak telah berjaya mengesan beberapa lokasi yang dikenal pasti menjadi tempat penganjura­n ‘private party’ tersebut.

“Satu operasi khas Ops Parti Liar telah dilaksanak­an oleh JSJN Sarawak dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching di Kuching dan Padawan yang mana sepanjang tempoh ini, sejumlah enam serbuan telah dibuat dan menahan seramai 41 orang atas pelbagai kesalahan dadah,” katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sarawak di sini semalam.

Tambah Aidi, daripada tangkapan itu, dua kes diklasifik­asikan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, tiga kes di bawah Seskyen 39A(2) ADB 1952, Sekyen 12(2) ADB 1952 juga tiga kes dan 24 kes di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Katanya, jumlah rampasan sepanjang tempoh itu juga, pil ekstasi dua biji, ketamin 9.5 gram, Erimin 5 tiga biji dan serbuk jus campuran ekstasi 409.65 gram, keseluruha­n dianggarka­n bernilai RM7,000.

Hasil daripada risikan dan maklumat yang diperolehi daripada Ops Parti Liar yang dijalankan, Aidi mendedahka­n, JSJN Sarawak melancarka­n satu operasi khas ‘Ops Black Cat’ pada 9 Jun 2021 di sebuah kediaman pangsapuri di Kuching dan telah berjaya membongkar satu tempat penyimpana­n dan memproses campuran serbuk jus ekstasi dan ketamin.

Jelas beliau, dalam serbuan tersebut seorang lelaki tempatan, 27, telah ditahan di bawah Seksyen 39B ADB 1952.

Menurutnya lagi, sebanyak 50 biji pil ekstasi, 354.13 ketamin, 320 biji Erimin 5 dan 13.7 kilogram serbuk jus disyaki campuran ekstasi dirampas dengan nilai keseluruha­n dianggarka­n berjumlah RM250,000 yang mana bekalan ini dianggarka­n mampu menampung 3,770 penagih.

“Reman ke atas suspek telah diluluskan selama tujuh hari,” ujarnya sambil menambah, suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Menyentuh tentang kes dera yang mengakibat­kan kematian seorang kanakkanak berusia dua tahun di Betong pada awal Jun lalu, Aidi memberitah­u bahawa polis masih menjalanka­n siasatan kes tersebut.

 ?? — Gambar oleh Roystein Emmor ?? BUKTI KES: Aidi menunjukka­n bungkusan serbuk jus disyaki campuran ekstasi pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sarawak.
— Gambar oleh Roystein Emmor BUKTI KES: Aidi menunjukka­n bungkusan serbuk jus disyaki campuran ekstasi pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia