Utusan Borneo (Sarawak)

Sejumlah RM400,000 geran MRP diagihkan kepada 16 penerima

-

TATAU: Sejumlah RM400,000 geran projek kecil luar bandar (MRP) diagihkan kepada 16 penerima bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus di Pejabat Pusat Khidmatnya di sini.

Semua penerima cek MRP itu terdiri daripada 13 rumah panjang, dua sekolah dan sebuah persatuan iaitu Persatuan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Tatau.

Berucap pada acara penyerahan, Menteri Muda di

Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai berharap setiap tuai rumah atau wakil penerima MRP memaklumka­n kepada penduduk.

“Ia adalah bagi memastikan jumlah wang MRP diketahui semua pihak dan tidak timbul isu tidak amanah atau cubaan menyelewen­g wang itu,” katanya.

MenurutSik­ie,semuaurusa­n keluar masuk wang MRP harus disertakan dengan resit pembelian dan diketahui semua penduduk rumah panjang supaya tidak timbul syak wasangka.

Beliau turut melahirkan kebimbanga­n terhadap jangkitan COVID-19 yang merebak ke kawasan pedalaman masa sekarang khususnya di rumah-rumah panjang dan kawasan perkampung­an.

Justeru, ketua kampung atau tuai rumah memainkan peranan penting memastikan tidak ada orang luar selain penghuni tetap rumah panjang datang ke rumah panjang mereka.

“Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) setiap rumah panjang memainkan peranan penting menjalanka­n pemeriksaa­n serta pemantauan bagi memastikan tidak ada orang luar masuk ke rumah panjang mereka,” katanya.

Sikie turut melawat lokasi pemberian vaksin COVID19 di Dewan Sukan Tatau dan beliau dimaklumka­n seramai 126 individu menerima suntikan dos kedua kelmarin.

 ??  ?? MANFAATKAN MRP: Sikie (tiga kiri) menyampaik­an cek MRP kepada seorang wakil penerima pada majlis penyerahan kelmarin.
MANFAATKAN MRP: Sikie (tiga kiri) menyampaik­an cek MRP kepada seorang wakil penerima pada majlis penyerahan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia