Utusan Borneo (Sarawak)

PPPPPM Sabah puji langkah kerajaan Sabah bantu pelajar

-

KOTA KINABALU: Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan Malaysia (PPPPPM) Cawangan Sabah menyokong penuh pemberian 10,000 komputer riba kepada pelajar Tingkatan Lima dan Enam oleh Kerajaan Negeri Sabah seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor baru-baru ini.

Yang Dipertua PPPPPM Sabah, Datuk Haji Zulkifli Haji Jaafar berkata, sudah sampai masanya pihak Kerajaan Negeri Sabah membekalka­n komputer riba khasnya kepada pelajarpel­ajar yang kurang mampu terutamany­a mereka yang berada di luar bandar.

Katanya, langkah yang dibuat oleh kerajaan negeri Sabah adalah tepat dan sudah tentu pelajar pelajar dan ibu bapa mereka rasa gembira kerana ini akan mengurangk­an sedikit bebanan dan memudahkan mereka dalam pembelajar­an.

Beliau juga berharap dan memohon Kerajaan Negeri meluaskan pemberian komputer riba kepada pelajar sekolah rendah untuk tahun 4,5 dan 6 serta pelajar dari tingkatan 1 hingga 4 di sekolah menengah.

Selain itu, Zulkifli juga menyokong penuh kenyataan Kesatuan Guru-Guru Negeri Sabah (KGKS) dan Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Etnik Kujau Gana Negeri Sabah (KGNS) yang turut menyokong pemberian komputer riba itu.

Pemberian komputer riba itu dapat mengurangk­an bebanan tugas guru dan memudahkan pelajar dalam proses PDPR atau proses pengajaran dan pembelajar­an dari rumah.

Beliau juga menasihatk­an pelajar yang memperoleh­i bantuan komputer riba itu agar memanfaatk­an sebaik mungkin dan menggunaka­n sepenuhnya untuk pembelajar­an khususnya ketika situasi pandemik covid ini.

PPPPPM memberikan sokongan penuh terhadap apa jua inisiatif atau pemberian oleh Kerajaan Negeri ini untuk memperkasa Pendidikan di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia