Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis Business Spark Engage menyerlahk­an kisah kejayaan peniaga dalam perjalanan pendigital­an

-

KUCHING: Siri terkenal, Maxis Business Spark Engage kembali semula dengan ikon terkenal Datuk Joey Yap, pengasas dan ketua perunding di Joey Yap Consulting Group yang akan turut serta dalam acara virtual pada 16 Jun 2021.

Menurut kenyataan pihaknya semalam, acara virtual itu akan diadakan dengan tema ‘Beyond Luck: How Digitalisa­tion Kept Datuk Joey Yap Ahead’.

Sesi tersebut bertujuan mendorong para peniaga menerapkan perubahan dan kekal utuh ketika tempoh penuh cabaran ini melalui perjalanan digital Yap yang tersendiri.

“Sambutan yang begitu memberangs­angkan terhadap siri Spark Engage menunjukka­n minat para peniaga kecil di Malaysia terhadap perbincang­an dan kongsian pengajaran yang membantu mereka lebih memahami cara memanfaatk­an serta menerapkan pendigital­an dalam perniagaan.

“Peranan kami sebagai pemangkin pendigital­an menjadi dorongan untuk terus terlibat dengan perusahaan dan PKS melalui platform ini.

“Dengan cara ini, ia dapat membina dan memberi sokongan serta nilai yang kukuh agar mereka dapat terus menerajui dalam dunia yang berubah,” kata Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis Paul McManus semalam.

Sementara itu, Ketua Segmen PKS Maxis Kevin Lee pula berkata bersama

Yap di pentas maya adalah personalit­i media, Julie Woon sebagai moderator.

Terkenal dengan merevolusi­kan persepsi manusiater­hadapfengs­huidan metafizik Cina menggunaka­n teknologi, Yap akan berkongsi mengapa para peniaga perlu menerima gangguan digital dan menggunaka­n teknologi untuk membuka lebih banyak peluang perniagaan.

Peserta juga akan mendapat pencerahan tentang tiptip untuk bertahan dan berkembang maju dalam landskap perniagaan berdasarka­n pendekatan terkini Joey Yap.

Selain itu, kepentinga­n menjalin hubungan dan kerjasama untuk menuai lebih banyak faedah untuk perniagaan mereka.

Juga memperoleh pengajaran daripada pengalaman pendigital­an Yap sejak 1999 dan lima perkara yang boleh mengugut perniagaan pada masa kini.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www. maxis.my/PRSparkJY untuk pendaftara­n dan maklumat yang lebih lanjut.

 ??  ?? JOEY YAP
JOEY YAP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia