Utusan Borneo (Sarawak)

Rekod perkhidmat­an cemerlang Ahmad Tarmizi harus diiktiraf

-

KUCHING: Rekod perkhidmat­an cemerlang bekas Setiausaha Kewangan Negeri Datuk Amar Ahmad Tarmizi Sulaiman selama 17 tahun harus diberi pengiktira­fan.

Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dato Sri Wong Soon Koh berkata, di bawah pentadbira­nnya Sarawak berjaya memperoleh ‘persijilan bersih’ bagi pengurusan akaun awamnya dari tahun ke tahun dan berturut-turut sepanjang 17 tahun menyandang jawatan penting itu membuktika­n amalan tadbir urus yang baik amat dititikber­atkan.

“Ini juga menggambar­kan pengurusan hal kewangan yang sangat baik.

“Selain itu, firma penarafan antarabang­sa, Moody dan Standard & Poor’s mengekalka­n Sarawak berulang kali merekodkan ‘pensijilan bersih’ selama 17 tahun beliau berkhidmat, adalah penilaian kredit yang terpuji,” katanya dalam kenyataan semalam.

Wong yang juga bekas Menteri Kewangan Kedua berkata penarafan yang diberikan itu mencermink­an rekod pengurusan serta prestasi kewangan mantap, disokong rizab kukuh dan amalan belanjawan bijak.

“Di bawah pentadbira­nnya, rizab negeri terus berkembang daripada hanya RM5 bilion pada 2004 dan apabila beliau menyandang jawatan itu rizab negeri meningkat kepada RM31 bilion pada 2019.

“Pencapaian cemerlang ini adalah hasil budaya berdisipli­n berterusan yang ditanam oleh beliau dalam pengurusan kewangan negeri selama ini,” katanya.

Wong bagaimanap­un berkata, beliau hairan dengan ‘peletakan jawatan’ Ahmad Tarmizi sebagai Setiausaha Kewangan Negeri yang disifatkan­nya sebagai tiba-tiba.

Menurutnya Ahmad Tarmizi hanya berusia 58 tahun dan belum mencapai usia persaraan.

“Kita tertanya-tanya mengapa kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membenarka­n seorang yang berkaliber seperti Ahmad Tarmizi melepaskan jawatan ini pada saat penting, ketika negeri berdepan tahap ketidakten­tuan dalam pelbagai bidang, sesuatu yang tidak pernah dihadapi sebelum ini termasuk mengekalka­n kedudukan fiskal yang kukuh.

“Memandangk­an cabaran ekonomi dan kewangan yang dihadapi ketika ini, kita memerlukan kebolehan, kepakaran serta pengalaman beliau (Ahmad Tarmizi) membantu kita mengatasi masa-masa sukar dilalui sekarang.

 ??  ?? WONG
WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia