Utusan Borneo (Sarawak)

Suami ditangkap kerana cederakan isterinya direman empat hari

-

MIRI: Seorang suami yang ditangkap kerana disyaki dengan sengaja mencederak­an isterinya menggunaka­n sebilah parang diperintah­kan Mahkamah Majistret di sini supaya direman empat hari.

Suspek, 31, dari Jalan Lusut, Taman Tunku diperintah­kan menjalani reman itu di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurut keterangan pegawai penyiasat Inspektor Mohd Rayhan Albert ketika mengemukak­an permohonan reman, sekitar jam 8 malam, pada 13 Jun lalu, seorang wanita membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, mangsa, 26, mendakwa semasa sampai di rumah sekitar jam 6.10 petang hari sama, dia mendapati suaminya berdiri di hadapan pintu sambil memegang sebilah parang.

Apabila dihampiri, suami mangsa tiba-tiba mengetuk kepalanya menggunaka­n bahagian belakang parang sehingga menyebabka­nnya mengalami kesakitan.

Serentak itu, mangsa lalu menjeritme­mintaperto­longan daripada bapa saudaranya sebelum bertindak melarikan diri ke dalam bilik dan mengunciny­a dari dalam.

Mangsa kemudian menghubung­i polis meminta bantuan segera.

Bertindak atas maklumat, sekitar jam 7.15 malam hari sama dua anggota polis dari Unit Kereta Peronda bergegas ke tempat kejadian damenangka­p suspek di rumahnya, Jalan Lusut Taman Tunku di sini.

Berikutan tangkapan itu, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Dalam permohonan lanjutnya, Rayhan berkata reman selama empat hari ke atas suspek amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Majistret Leona Dominic Mojiliu membenarka­n permohonan itu dan memerintah­kan suspek direman selama empat hari sehingga 18 Jun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia