Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ugut bunuh ibu didenda RM3,000

-

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhka­n hukuman denda RM3,000 terhadap lelaki yang mengugut bunuh ibu kandungnya setelah tidak diberikan wang membeli minyak kereta.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhka­n hukuman tersebut selepas tertuduh, Hasnor Kepaly, 23, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah.

Mahkamah juga memerintah­kan tertuduh dipenjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, lelaki bekerja sendiri itu didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengacukan sebilah pisau pemotong sayur kepada ibu kandungnya yang berusia 49 tahun, di kediaman mereka di Kampung Sri Kandong, Taman Hidupan Liar Matang di sini, pada 27 Mei lalu, jam 4 petang.

Berdasarka­n keterangan kes, tertuduh mengamuk di rumah dengan memegang sebilah pisau pemotong sayur dan cuba hendak menikam mangsa selain mengugut ingin membunuh mangsa.

Difahamkan, dia bertindak demikian setelah mangsa enggan menurut permintaan­nya yang meminta wang untuk membeli minyak kereta.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu di Mahkamah Majistret berasingan, seorang wanita didenda RM10,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar selepas mengaku bersalah terlibat dengan aktiviti perjudian dalam talian.

Majistret Syarifah Fatimah

Azura Wan Ali menetapkan demikian terhadap tertuduh, Nurima Mohamad, 37, yang didakwa di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 bagi setiap mesin judi dan hukuman penjara maksimum lima tahun.

Mengikut pertuduhan, wanita berasal dari Kampung Bintawa Hilir tersebut didakwa mengendali­kan mesin perjudian berupa sebuah telefon pintar semasa berada di hadapan sebuah rumah terletak di Kampung Pulo Hilir Petra Jaya, di sini, pada 6 Jun lalu, jam 11.40 pagi.

Semasa serbuan dilakukan, pihak polis turut merampas sebuah telefon pintar dan wang tunai berjumlah RM100.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia