Utusan Borneo (Sarawak)

Khianat, ugut, bapa, bekas banduan direman empat hari

-

MIRI: Seorang bekas banduan diperintah­kan Mahkamah Majistret di sini supaya direman empat hari kerana disyaki melakukan khianat dan melakukan ugutan jenayah terhadap bapa kandungnya.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah meluluskan permohonan reman dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat, Sarjan Daveora Julaimi.

Dalam permohonan­nya,

Daveora memberitah­u pada 13 Jun lalu, seorang lelaki warga emas membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, mangsa, 79, mendakwa sekitar jam 1 pagi, pada 13 Jun lalu semasa berada di rumahnya, Jalan Riam di sini, anaknya mengamuk dan memecahkan pintu utama rumah.

Tidak cukup dengan itu, anaknya juga bertindak hendak menumbuk mangsa.

Punca kejadian tidak diketahui dan mangsa memberitah­u anaknya kerap bertindak agresif sehingga menimbulka­n ketakutan kepada beliau dan isterinya.

Menurut mangsa, anaknya itu terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah serta keluar masuk penjara.

Bertindak atas maklumat, sekitar jam 1 petang hari sama polis menangkap suspek di rumah keluargany­a di Jalan Riam di sini kerana disyaki terlibat dalam kes terbabit.

Dalam permohonan lanjutnya, Daveora berkata reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek berusia 48 tahun amat diperlukan bagi membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarka­n permohonan itu dan memerintah­kan suspek direman empat hari sehingga 18 Jun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia