Utusan Borneo (Sarawak)

Nazim dilantik sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera

-

KUCHING: Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman semalam dilantik sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di ibu negara berkuat kuasa hari ini (15 Jun).

Menurut satu kenyataan daripada LTAT, Nazim mengambil alih tanggungja­wab daripada bekas Ketua Eksekutif LTAT Datuk Seri Amrin Awaluddin yang telah meletak jawatan pada 30 April lalu.

Peletakan jawatan Amrin adalah berikutan keperluan beliau untuk berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji yang baharu.

Pengerusi LTAT Jeneral Datuk Seri Diraja Tan Sri (Dr) Mohd Zahidi Zainuddin (B) juga berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan Nazim untuk menerajui organisasi LTAT.

Nazim akan memainkan peranan yang penting dalam menerajui inisiatif transforma­si serta memacu hala tuju LTAT sebagai sebuah dana persaraan yang mampan dan berdaya saing.

“Kami juga amat yakin pengalaman luas beliau sebelum ini dalam sektor korporat dan pelaburan di beberapa pusat kewangan terkemuka dunia akan membawa perspektif baharu bagi menjayakan pelaksanaa­n strategi transforma­si bagi LTAT, ” katanya.

Beliau mempunyai pengalaman profesiona­l selama 20 tahun dalam bidang pengurusan korporat, kewangan korporat dan pelaburan.

Sebelum berkhidmat dengan LTAT, Nazim pernah bertugas sebagai Pengarah Urusan bagi rantau Asia Tenggara bersama firma pelaburan dan penasihat, Allied Investment Partners yang beroperasi dari Singapura dan Emiriyah Arab Bersatu.

Nazimjugap­ernahberkh­idmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan MARA Berhad dari tahun 2013 hingga 2018 serta merupakan ahli Lembaga perintis National Bank of Abu Dhabi (Malaysia) Berhad.

Selain peranan eksekutif, Nazim juga pernah berkhidmat sebagai ahli Lembaga beberapa institusi kewangan, syarikat tersenarai dan agensi awam.

Beliau kini merupakan ahli Lembaga Pengarah Suruhanjay­a Tenaga, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Omesti Berhad dan Regulus Advisors Pte Ltd, sebuah dana ekuiti persendiri­an yang berpusat di Singapura.

Beliau memperoleh­i sarjana bidang ekonomi dan polisi awam di Sciences Po di Perancis dan adalah pemegang anugerah J William Fulbright di Georgetown University, Amerika Syarikat, di mana beliau memperoleh­i Sarjana Undang-undang.

Beliau juga adalah graduan Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia.

Seorang yang aktif dalam penulisan, Nazim adalah seorang kolumnis untuk akhbar The Edge Malaysia, di mana beliau banyak menyuaraka­n pandangan tentang hal ehwal ekonomi dan kaitannya dengan masyarakat.

Pihak LTAT turut merakamkan penghargaa­n kepada Ketua Pegawai Kewangan LTAT Mohammad Ashraf Md Radzi yang memangku jawatan Ketua Eksekutif sejak 3 Mei lalu selepas Amrin meletak jawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia