Utusan Borneo (Sarawak)

SJAM komited membantu Program Derma Darah

-

KUCHING: St. John Ambulance of Malaysia (SJAM) komited membantu Program Derma Darah atau Tabung Darah hospital di seluruh negara untuk bekalan darah yang menukupi.

Pemerintah Agung SJAM Datuk Lai See Ming berkata, pihaknya berusaha keras memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi pada setiap masa diperlukan.

“Sejak bermula pandemik COVID-19, tabung darah hospital kerajaan sering kali menghadapi masalah kekurangan bekalan darah.

“SJAM juga merancang mengenal pasti lokasi-lokasi lain yang bersesuian untuk mewujudkan lebih banyak Suite Derma Darah tetap,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, SJAM turut mengkaji cara-cara untuk meneruskan program derma darah dan telah menambah baik proses-proses supaya program ini dapat dijalankan dengan selamat.

Prosedur operasi standard (SOP) penganjura­n program derma darah juga telah diubah suai dengan langkahlan­gkah tambahan untuk menjaga keselamata­n penderma dan petugas, jelasya.

Pada masa yang sama, SJAM juga mengambil kesempatan tersebut untuk melatih ahli dan mendidik orang ramai tentang kepentinga­n menderma darah.

Sepanjang tah 2020, SJAM telah berjaya menganjurk­an program derma darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara dan berjaya mengumpul lebih dari 12,000 beg darah.

SJAM turut mendapat sokongan daripada rakanrakan strategik dalam menjayakan program berkenaan.

Pihaknya amat mengalukan sumbangan pelbagai badan korporat dan orang perseorang­an bagi menjayakan rancangan tersebut.

Semalam merupakan Hari Penderma Darah Sedunia 2021 yang disambut pada setiap 14 Jun setiap tahun.

Sempena sambutan tersebut dan menghargai para penderma darah, pihak 99 Speedmart Sdn Bhd di ibu negara telah menyumbang 30 ‘Goodie Bag’ khas kepada para penderma.

“Penderma darah ini sentiasa prihatin untuk membantu kami dan mereka akan menderma menerusi Program Derma Darah di 1 Utama Shopping Centre bermula 14 hingga 30 Jun ini,” katanya.

 ??  ?? KESEDARAN: Sukarelawa­n SJAM menderma darah di Johor baru-baru ini.
KESEDARAN: Sukarelawa­n SJAM menderma darah di Johor baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia