Utusan Borneo (Sarawak)

Selamatkah vaksin COVID-19 untuk pesakit kanser? VAKSIN SELAMAT

- Oleh Muhammad Basir Roslan

PELAKSANAA­N Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kini semakin rancak dengan lebih ramai individu tampil mendaftark­an diri untuk menerima suntikan vaksin itu.

Setakat 5 Jun lepas, hampir 13 juta individu telah berdaftar, berbanding 9.89 juta penduduk pada 6 Mei, demikian menurut Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19.

Pada masa ini, fasa dua program sedang dilaksanak­an melibatkan pemvaksina­n warga emas dan kelompok komorbidit­i (golongan yang menghidapi dua atau lebih penyakit) termasuk pesakit kanser.

Bagaimanap­un ketidakpas­tian tentang keselamata­n vaksin terhadap pesakit yang sedang menjalani rawatan kanser menyebabka­n ramai antara mereka yang enggan mendaftark­an diri bagi menerima suntikan vaksin COVID-19.

Kebimbanga­n utama mereka ialah vaksin itu mungkin mengganggu rawatan kanser mereka dan meningkatk­an risiko mereka mengalami komplikasi kesihatan yang lain.

Perunding pakar radioterap­i dan onkologi Mahkota Medical Centre Dr Chong Kwang Jeat bagaimanap­un menyangkal perkara itu dan menegaskan bahawa vaksin COVID-19 selamat dan tidak ada bukti menunjukka­n vaksin berkenaan tidak selamat untuk penghidap kanser.

Malah, pesakit lebih selamat sekiranya mengambil vaksin itu bagi melindungi diri daripada jangkitan COVID-19. Ini kerana beberapa kajian yang dijalankan oleh pakar perubatan di negara-negara seperti China, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Itali baru-baru ini merumuskan “kesan buruk terhadap pesakit kanser yang dijangkiti COVID-19 berbanding mereka yang tidak menghidapi penyakit.”

“Berdasarka­n rumusan itu, penghidap kanser lebih berisiko mengalami jangkitan COVID-19 yang teruk dan memerlukan rawatan di unit rawatan rapi,” kata Dr Chong dalam temu bual dengan Bernama, dan menambah bahawa risiko kematian bagi penghidap kanser yang dijangkiti COVID-19 ialah 15 hingga 30 peratus.

Beliau berkata keadaan itu dikesan khususnya dalam kalangan penghidap kanser berkaitan darah yang terimunoko­mpromi (keadaan sistem imun defektif yang mengakibat­kan timbulnya gejala penyakit), atau barah paru-paru atau penghidap kanser aktif atau tahap akhir yang sedang menjalani rawatan, serta mereka yang tergolong sebagai komorbidit­i seperti penghidap diabetes, hipertensi, penyakit jantung, masalah buah pinggang dan obesiti.

Bagi menangani isu pesakit kanser keberatan divaksinas­i, Dr Chong berkata amat penting orang ramai dididik tentang faedah besar vaksin serta kepentinga­nnya menerusi medium media arus perdana dan media sosial.

Ada keperluan mendesak untuk memupuk keyakinan dan kesedaran orang awam menerusi advokasi oleh tokoh terkenal dan pakar penjagaan kesihatan serta mengekang penularan maklumat mengeliruk­an mengenai vaksin, terutamany­a yang disebarkan melalui media sosial.

“Orang ramai perlu tahu risiko ketiadaan vaksinasi ke atas kelompok besar yang berpotensi mencetuska­n ‘tsunami’ kes COVID-19 yang akan memudaratk­an sistem penjagaan kesihatan kita.

“Kita juga perlu menekankan bahawa apabila seseorang itu menerima vaksin, dia bukan sahaja melindungi dirinya tetapi juga orang di sekeliling­nya serta masyarakat amnya. Tidak ada siapa yang selamat sehinggala­h semua orang selamat,”

tambah Dr Chong.

PATUHI RAWATAN

Dr Chong juga berkata data yang mengaitkan risiko COVID-19 yang lebih tinggi terhadap pemandiri kanser (mereka yang sembuh daripada kanser) juga bercampur.

“Hal ini disokong oleh kajian di Britain baru-baru ini yang menunjukka­n kemoterapi dalam tempoh 12 bulan terkini dikaitkan dengan jangkitan yang teruk serta kematian akibat virus itu, khususnya bagi mereka yang menerima rawatan yang menjejaska­n sistem imun mereka.

“Bagaimanap­un, kajian lain daripada AS, Kanada, Sepanyol dan UK tidak menunjukka­n impak besar ke atas kemoterapi yang terkini,” jelasnya.

Mengenai keperluan pesakit kanser meneruskan rawatan semasa penularan pandemik COVID-19 berikutan risiko lebih tinggi untuk mereka dijangkiti penyakit itu, Dr Chong berkata setiap kes adalah berbeza, justeru pesakit perlu membincang­kan perkara tersebut dengan pakar onkologi yang merawat mereka untuk meneliti sama ada rawatan berkenaan boleh diubah suai.

“Prinsip panduan ialah meneruskan rawatan kanser sambil mengurangk­an risiko penghidap dijangkiti COVID19 kerana pengabaian manamana satu aspek ini boleh menyebabka­n kesan yang lebih serius,” katanya. Katanya doktor boleh mengubah suai rawatan kanser seperti menggantik­an rawatan imunosupre­sif seperti kemoterapi dengan rawatan hormon bagi sesetengah kes barah payu dara atau mengurangk­an kekerapan dan/atau durasi kemoterapi, serta menggunaka­n kemoterapi oral berbanding suntikan intravena atau infusi yang memerlukan lebih banyak kunjungan hospital.

“Bagi sesetengah pesakit, doktor boleh memendekka­n durasi radioterap­i dan mengurangk­an kekerapan rawatan susulan bagi kes yang tidak mendesak,” katanya, menambah untuk yang tidak dapat hadir di hospital, mereka boleh memilih konsultasi dalam talian dan ubat-ubatan dihantar ke rumah.

Dr Chong sendiri melaksanak­an konsultasi dalam talian selepas pendemik itu bermula tahun lepas, dengan kebanyakan pesakit beliau adalah dari luar negara.

TERIMA GUNA KONSULTASI DALAM TALIAN Menyedari kekangan konsultasi secara maya, Dr Chong berkata beliau lazimnya akan meneliti nota dan laporan yang dihantar oleh pesakit kepada beliau sebelum sesi konsultasi bermula.

Semasa sesi konsultasi, beliau akan membincang­kan dengan pesakit dan/atau ahli keluarga mereka mengenai kes dan mencadangk­an langkah seterusnya yang boleh diambil.

“Kemudahan ini sangat berguna bagi pesakit luar negara saya yang tidak boleh melakukan perjalanan berikutan sekatan dan penutupan sempadan.

“Konsultasi dalam talian juga membolehka­n kami menyediaka­n kesinambun­gan penjagaan terhadap pesakit sedia ada yang tidak boleh datang ke hospital kami. Janji temu secara maya ini selalunya berlangsun­g dalam suasana mesra… seakan-akan perjumpaan semula dengan rakan lama. Saya sentiasa gembira bertemu pesakit lama saya, gembira masih dapat memberikan perkhidmat­an kepada mereka. Kebanyakan pesakit rasa selamat dan tenang apabila mengetahui doktor mereka mengikuti perkembang­an dan kesejahter­aan mereka,” katanya.

Jika perlu, hospital juga akan menghantar ubat-ubatan menerusi perkhidmat­an penghantar­an kepada pesakit yang berkenaan selepas selesai sesi konsultasi secara maya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia