Utusan Borneo (Sarawak)

Netizen kongsi rezeki ketika saat sukar

-

“JANGAN rasa bimbang@ segan untuk hubungi saya secara peribadi. It’s my pleasure untuk berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya ada, semampunya. Insya-Allah, ada bahagian anda dalam rezeki saya walaupun sekadar satu hidangan makanan.”

Itu antara status yang tular dan banyak dikongsi oleh pengguna media sosial tatkala kerajaan mengambil langkah mengenakan perintah sekatan pergerakan penuh sejak 1 Jun lepas berikutan kes COVID-19 yang semakin meningkat.

Pastinya dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dan penutupan sektor ekonomi yang bukan menjadi keperluan, ramai yang terkesan serta hilang punca pendapatan terutamany­a golongan B40 menyebabka­n netizen Malaysia bersatu tampil berkongsi rezeki sama ada secara individu mahupun menerusi persatuan.

Bagi Zally Ismail, 38 yang menetap di Kulim, Kedah, beliau terpanggil untuk memuat naik status itu setelah terbaca perkongsia­n kisah menimpa individu yang terkesan dengan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan pergerakan terutama mereka yang bekerja sendiri dan berpendapa­tan rendah.

Katanya susulan perkongsia­n hantaran tersebut di akaun Facebookny­a, ramai yang telah menghubung­inya memohon bantuan termasuk dari Sabah dan Sarawak sehingga tidak cukup tangan untuk membalasny­a.

“Ada yang suaminya hilang kerja beberapa hari sebelum ‘lockdown’ dan kehabisan susu serta lampin menyebabka­n mereka tiada pilihan sehingga terpaksa menggantik­annya dengan dengan minuman milo dan sirap yang jauh lebih murah walaupun ia tidak sesuai untuk anak yang masih bayi.

“Ditanya kenapa tidak meminta bantuan jiran atau keluarga berhampira­n?, ada yang memaklumka­n sudah berbuat sedemikian sehingga ada yang minta anak-anaknya pergi makan di rumah jiran. Tetapi kalau sudah hari-hari berbuat demikian, tentulah ada perasaan malu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya, setakat ini lebih 60 keluarga telah dibantu dan bantuan biasanya dihulurkan setelah ia diselidik dengan teliti berserta bukti sokongan dengan keutamaan diberikan kepada pasangan suami isteri telah diberhenti­kan kerja atau sakit.

Katanya bantuan berupa bihun, mi segera, sardin, minyak, tepung diberikan untuk kegunaan seminggu atau dua, namun ramai juga yang mengharapk­an lampin dan susu bayi.

Bagi seorang lagi pengguna media sosial Mohd Nizam Mat Rahim, 49, dari Bukit Beruntong Selangor, kesusahan yang pernah dialami sebelum ini menyebabka­n beliau insaf dan memahami keadaan yang terpaksa dilalui apabila sumber pendapatan terjejas.

“Saya sendiri sebagai pengusaha kantin sekolah, telah melalui kesusahan apabila sudah hampir setahun sekolah tidak dibuka sehingga menjejaska­n pendapatan saya. Dengan apa yang ada, saya kongsikan kepada mereka yang lebih memerlukan walaupun sedikit,” katanya.

Katanya bantuan yang diberikani­tuberupaba­rangan asas dapur dengan anggaran nilai sebanyak RM60 bagi satu keluarga dan sehingga kini beliau telah membantu lapan keluarga yang tinggal berdekatan.

Sementara itu, Ivan Chan, 41, pula mengambil pendekatan membuka ‘food bank’ di cawangan kedainya, kEATchen, yang berkonsepk­an ‘cloud kitchen’ di Petaling Jaya bagi membantu masyarakat yang terjejas ekoran pelaksanaa­n sekatan perjalanan.

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU: Ivan Chan (kanan) membantu seorang individu untuk mengambil barangan keperluan ketika ditemui BERNAMA di premis perniagaan­nys di Petaling Jaya, semalam.
— Gambar Bernama BANTU: Ivan Chan (kanan) membantu seorang individu untuk mengambil barangan keperluan ketika ditemui BERNAMA di premis perniagaan­nys di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia