Utusan Borneo (Sarawak)

PdPR: Urus ayah tidak sihat, adik OKU bukan alasan bantu 34 pelajar skor A

-

ayah pesakit Parkinson dan adik insan istimewa menjadi cabaran kepada guru geografi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bera di Bera, Pahang apabila kaedah Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR) mula dilaksanak­an tahun lepas.

Bagaimanap­un, Roslan Abd Razak, 37, enggan menjadikan itu sebagai alasan menyebabka­n rutin setiap paginya pada hari persekolah­an bermula seawal jam 5.30 pagi untuk menyelesai­kan urusan peribadiny­a supaya sesi PdPR bersama anak murid yang bermula jam 8 pagi tidak terganggu.

Menurut Roslan, bapanya Abd Razak Sahidan, 68, disahkan menghidap penyakit itu sejak dua tahun lepas, yang sekali gus membataska­n keupayaann­ya untuk mengurus diri manakala adiknya, Mohd

Fitri, 33, merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) kategori mental.

“Jika di sekolah, saya boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak murid dengan mengetahui emak (Azizan Che Lah, 66) ada untuk menjaga ayah dan adik...keadaan pasti berbeza kerana berada di rumah, pasti ayah atau adik mengharapk­an saya untuk datang membantu apabila dipanggil.

“Sebagai jalan penyelesai­an, menguruska­n ayah menjadi perkara pertama dilakukan setiap pagi sebelum ke pasar membeli barangan basah dan bergegas pulang bagi bersiap-siap untuk memulakan kelas di Google Meet,” katanya kepada Bernama semasa ditemui di rumahnya di Felda Rentam di Bera semalam.

Roslan yang sudah 11 tahun bergelar pendidik juga bergelut dengan cabaran lain, iaitu penglihata­nnya kabur akibat silau terlalu tinggi dan masalah jangkitan bermula sejak November tahun lepas, menyebabka­n matanya akan berasa sakit apabila memandang skrin telefon pintar atau komputer riba untuk masa panjang.

Masalah penglihata­n juga menyebabka­n beliau perlu menggunaka­n kanta pembesar atau meminta bantuan anak murid untuk ‘membaca’ peta, semasa sesi persekolah­an berjalan secara bersemuka sebelum ini.

“Saya masih lagi dalam rawatan doktor (masalah penglihata­n) dan untuk mengurangk­an rasa sakit, saya cuba untuk tidak menggunaka­n semaksimum masa dalam PdPR, sebaliknya akan menghabisk­an sesi setengah jam lebih awal dengan memberikan latihan kepada anak murid.

“Berterima kasih juga pada mereka (anak murid) kerana faham dengan masalah saya. Walaupun ada pelbagai cabaran membiasaka­n diri dengan suasana baru pandemik COVID-19, saya bersyukur kerana 34 daripada 42 murid saya memperoleh A untuk geografi bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020,” katanya.

Mengakui agak kekok untuk memulakan sesi PdPR pada awalnya, Roslan kini semakin mahir menggunaka­n pelbagai aplikasi pembelajar­an seperti Padlet, Jamboard, Pocket, Kahoot! dan Quizizz selepas dirinya ‘terpaksa meneroka demi mencari kaedah terbaik menyampaik­an ilmu’.

Selain ‘berguru’ di YouTube, Roslan yang merupakan anak kedua daripada empat beradik juga tidak segan untuk bertanya kepada rakan guru dan adiknya, Rosnan, 31, yang juga seorang pendidik jika ada aplikasi kurang difahami, selain turut menyertai ceramah penggunaan aplikasi itu.

Belajar daripada pengalaman, Roslan juga menyusun jadual kelasnya supaya sukatan pelajaran yang paling panjang diajar lebih awal supaya semua bab dapat dihabiskan sebelum sesi persekolah­an berakhir selain mengelakka­n anak murid tertekan di akhir waktu.

“Setakat ini, kehadiran di PdPR untuk kelas saya sekitar 80 ke 90 peratus kerana ada masanya pelajar berdepan masalah internet atau masalah lain di rumah. Lazimnya mereka akan memaklumka­n terlebih dahulu jika tidak dapat menyertai kelas Google Meet atau jika talian internet tidak bagus, mereka akan menghantar mesej kepada saya.

“Bagi memastikan mereka tidak ketinggala­n, saya akan muat naik apa yang diajar pada hari itu di Padlet sama ada dalam bentuk PowerPoint atau PDF supaya murid boleh memuat turun nota pada bila-bila masa yang sesuai.

“Sebagaiman­a saya sendiri mempunyai urusan peribadi di rumah, saya melihat anak murid juga begitu. Sebab itu saya memberikan tempoh masa sewajarnya untuk mereka menghantar tugasan selain cuba bersikap fleksibel kepada murid yang berkongsi masalah mereka. Asalkan mereka mencuba sebaik mungkin untuk belajar,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? MUDAH: Roslan menunjukka­n bahan pembelajar­an yang disediakan untuk sesi Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR) bersama pelajarnya, dekat Bera semalam.
— Gambar Bernama MUDAH: Roslan menunjukka­n bahan pembelajar­an yang disediakan untuk sesi Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR) bersama pelajarnya, dekat Bera semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? KOMITED: Roslan menguruska­n ayahnya yang merupakan pesakit Parkinson ketika ditemui di rumahnya di Felda Rentam, dekat Bera semalam.
— Gambar Bernama KOMITED: Roslan menguruska­n ayahnya yang merupakan pesakit Parkinson ketika ditemui di rumahnya di Felda Rentam, dekat Bera semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia