Utusan Borneo (Sarawak)

Bank-bank terus bantu golongan terjejas pandemik

Bersifat amat akomodatif menerusi kemudahan skim bantuan bayaran balik masing-masing yang berbeza

-

Pendekatan secara bersasar ini membolehka­n bank-bank melindungi sebahagian modal agar dapat memainkan peranan di peringkat pemulihan dengan lebih berkesan. Modal ini adalah terhad dan kita juga perlu memanfaatk­annya dengan secara

” wajar.

Datuk Abdul Farid Alias

Pengerusi Persatuan Bank-Bank Malaysia

KUALA LUMPUR: Bankbank Malaysia akan terus menumpukan usaha bagi membantu kalangan individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik, termasuk pendekatan moratorium bersasar yang dilihat sebagai wajar, demikian menurut Persatuan BankBank Malaysia.

Pengerusin­ya, Datuk Abdul Farid Alias berkata pihak bank terbabit juga terbukti telah bersifat amat akomodatif menerusi kemudahan skim bantuan bayaran balik masing-masing yang berbeza.

“Pendekatan secara bersasar ini membolehka­n bankbank melindungi sebahagian modal agar dapat memainkan peranan di peringkat pemulihan dengan lebih berkesan. Modal ini adalah terhad dan kita juga perlu memanfaatk­annya dengan secara wajar,” kata beliau menerusi komentar yang disiarkan pada Isnin.

Abdul Farid yang juga presiden dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Maybank, juga menyifatka­n moratorium bersasar berkenaan sebagai penyelesai­an terbaik berbanding pemberian moratorium automatik atau secara menyeluruh yang sebaliknya menyalurka­n bantuan kepada semua, termasuk golongan mewah serta mereka yang mana pendapatan/gaji mereka tidak terjejas.

Beliau menjelaska­n, moratorium secara menyeluruh itu juga bermaksud bahawa terdapat pihak lain yang membayar kos pinjaman mereka iaitu sesuatu yang sebaliknya perlu dilunaskan semua, sama ada secara langsung atau tidak pada kemudianny­a.

“(Kemudahan) moratorium ini sepatutnya ditawarkan kepada mereka yang memerlukan sepertiman­a diamalkan oleh negara-negara lain,” katanya.

Abdul Farid berkata, mereka yang terjejas teruk akibat sekatan pergerakan -- sama ada kehilangan kerja atau sebahagian besar pendapatan perniagaan, perlu terus menikmati kemudahan moratorium tersebut atau penguranga­n bayaran balik pinjaman bagi tempoh masa tertentu.

Menurutnya, ini berikutan masih terdapat perbelanja­an lain yang perlu dibayar oleh peminjam terbabit seperti sewaan, bayaran bil atau utiliti serta pengangkut­an selain kos operasi yang ditanggung oleh pemilik perniagaan.

“Sejajar peranan dalam negara ini, kita wajar secara kolektif mahupun individu bertindak menyokong perniagaan PKS ini, terutama jika mereka beroperasi dalam kawasan kejiranan agar dapat meneruskan kelangsung­an (operasi) masing-masing dalam tempoh-tempoh sekarang.

“PKS juga boleh meneliti kemungkina­n mengubah model perniagaan masingmasi­ng dengan memanfaatk­an platform digital untuk menawarkan perkhidmat­an atau produk selain menggunaka­n perkhidmat­an penghantar­an yang terdapat di negara ini,” katanya.

Malaysia adalah antara sebilangan kecil negara-negara yang telah melaksanak­an kemudahan moratorium secara automatik.

Sebahagian besar negara telah melaksanak­an skim menyamai Bantuan Pembayaran Balik (RA) dan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (TRA) yang berdasarka­n atau mengikut keperluan berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia