Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan cemerlang SPM 2020, KPM perlu lebih telus

-

KUALA LUMPUR: Nampaknya, topik mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang diumumkan pada Khamis lepas (10 Jun) masih ‘hangat’ dibicaraka­n oleh banyak pihak.

Umpama ‘rumah sudah siap pahat berbunyi’, persoalan demi persoalan dibangkitk­an sehingga ada yang meragui ketelusan Kementeria­n Pendidikan (KPM) berikutan peningkata­n pencapaian keputusan SPM yang menunjukka­n Gred Purata Nasional (GPN) adalah terbaik dalam tempoh lima tahun.

GPN 4.80 yang diumumkan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin lebih baik 0.6 berbanding 4.86 tahun 2019.

Ini jelas menggambar­kan pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak tahun lepas langsung tidak menjejaska­n sistem pembelajar­an di negara ini malah, lebih baik lagi.

Ternyata, penutupan sekolah selama 110 hari pada tahun lepas, selain kaedah pembelajar­an dalam talian yang menggantik­an kaedah konvension­al iaitu secara bersemuka berjaya tanpa sebarang masalah.

Ini juga menunjukka­n, segala ‘kekecohan’ tentang isu ketiadaan jaringan Internet dan peranti serta kekalutan guru dan pelajar mengadapta­sikan kaedah Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR) sebelum ini berjaya diselesaik­an dengan baik oleh KPM.

Bagi menambah baik sistem sedia ada, pakar pendidikan berpendapa­t KPM perlu lebih telus dalam mentafsir keputusan dengan tidak hanya menunjukka­n yang baik sahaja.

Pengerusi Pusat Kajian Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Azlin Norhaini Mansor berkata keputusan yang memberangs­angkan ini memberikan gambaran kepada umum bahawa PdPR berjalan lancar dan tiada apa yang perlu diperbaiki lagi.

“Keputusan SPM 2020 jelas menggambar­kan pembelajar­an murid tidak terjejas ketika pandemik dan KPM berjaya menangani segala cabaran dan masalah yang berpunca daripada pandemik sejak tahun lepas,” katanya kepada Bernama.

Seperti tidak peka dengan keadaan semasa, KPM sepatutnya perlu lebih bersedia untuk berkongsi impak sebenar pandemik COVID19 terhadap pembelajar­an murid.

Ini kerana sepanjang sesi pembelajar­an tahun lepas, terlalu banyak masalah yang timbul dan sehingga kini walaupun guru, pelajar dan ibu bapa semakin menerima kaedah pembelajar­an melalui PdPR, namun masih banyak lompang yang perlu diperbaiki.

“Dalam hal ini, KPM wajib kenal pasti kelemahan yang masih perlu ditambah baik bagi memastikan kohort SPM 2021 dapat dibantu semaksimum mungkin.

“Pengumuman keputusan SPM 2020 yang memberangs­angkan bukanlah petanda tidak wujud kelemahan, tambahan pula kohort 2021 adalah kohort berbeza dan mungkin memerlukan kaedah pembelajar­an yang juga berbeza,” katanya.

Calon SPM 2021 yang akan menduduki peperiksaa­n pada Mac 2022, berhadapan cabaran berganda kerana sejak dari Tingkatan 4, mereka kurang berpeluang belajar secara bersemuka di sekolah dan situasi itu dijangka berterusan pada tahun ini.

Paling dibimbangi, sekiranya mereka berhadapan dengan kelelahan pandemik atau ‘pandemic fatigue’ yang membuatkan mereka berasa letih, tertekan, bosan dan tidak bersemanga­t untuk belajar disebabkan terlalu lama terkurung di rumah dan hanya mengikuti pembelajar­an secara dalam talian.

Perkara ini antara yang perlu dilihat KPM kerana sekiranya tiada usaha menangani masalah ini dibimbangi akan merosakkan pemikiran, kesihatan dan proses pembelajar­an murid, katanya.

Namun menurut Azlin, jika melihat secara positif kepada peningkata­n calon yang memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran, membuktika­n bahawa pelajar semakin matang menguruska­n masa dengan belajar secara kendiri dan tidak hanya bergantung kepada guru serta kaedah PdPR semata-mata.

“Memang ada pelajar yang lebih selesa belajar sendiri dan PdPR meyakinkan mereka bahawa pembelajar­an kendiri lebih mudah. Pembelajar­an online (secara dalam talian) memberi ruang kepada murid untuk mendapatka­n seberapa banyak maklumat tambahan dan tidak bergantung kepada guru dan silibus yang ditetapkan.

“Situasi ini tidak hanya terhad kepada murid di bandar tetapi juga murid luar bandar,” katanya.

Namun begitu, beberapa aspek dalam PdPR perlu ditambah baik dan wajar dipertingk­atkan antaranya kolaborasi dalam kalangan guru dan ibu bapa untuk mempelbaga­ikan kaedah pengajaran serta penggunaan peranti.

Beliau yang pernah membuat kajian melibatkan 4,985 guru di seluruh negara tahun lepas mendapati kesediaan guru melaksanak­an PdPR secara umumnya adalah tinggi dengan nilai purata pada 3.73 (nilai 1 paling rendah, nilai 5 paling tinggi).

Kajianters­ebutturutm­endedahkan beberapa aspek yang perlu ditekankan untuk menambah baik pelaksanaa­n PdPR, antaranya aspek pembanguna­n profesiona­l guru, kolaborasi dalam kalangan guru dan ibu bapa, serta halhal yang berkaitan dengan kepimpinan dan pengurusan pentadbir sekolah.

Justeru, KPM perlu membuat kajian berterusan dengan mencari mekanisme untuk mengenal pasti masalah pentadbira­n, guru dan murid serta bantuan yang boleh diberikan mengikut keperluan bagi meningkatk­an mutu pengajaran dan pembelajar­an sedia ada, katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia