Utusan Borneo (Sarawak)

Dua tentera dibicara berkaitan letupan maut kem tentera di Equatorial Guinea

-

BATA: Dua anggota tentera akan berdepan dakwaan homisid dan kecuaian berkaitan satu letupan besar di sebuah kem tentera di Equatorial Guinea yang mengorbank­an lebih 100 orang pada Mac, menurut pejabat pendakwa raya.

Stok bahan letupan di dalam kem telah meletup secara tidak sengaja pada 7 Mac memusnahka­n kawasan kediaman berhampira­n, membunuh 107 orang dan mencederak­an 615 orang lagi di luar bandar utama ekonomi Bata.

Dipercayai letupan itu berlaku selepas kebakaran pembersiha­n tanah yang menjadi tidak terkawal dan merebak ke bahagian simpanan senjata di kem tersebut.

Presiden Teodoro Obiang Nguema, yang memerintah negara tengah Afrika ini dengan cara kuku besi selama 42 tahun, mempersala­hkan pihak tentera bagi ‘kecuaian’ dalam penyimpana­n peluru berhampira­n dengan kawasan kediaman.

Ketua kem, Leftenan Kolonel Valentin Nzang Ega, dan Korporal Jose Antonio Obama Nsue akan hadir di depan sebuah mahkamah tentera mengenai “homisid, kerosakan, kebakaran dan kecuaian,” menurut pertuduhan yang dibacakan oleh pendakwa raya tentera Alejandro Mitogo dalam rangkaian TVGE negara pada petang

Sabtu.

“Kami memohon satu hukuman penjara selama 70 tahun untuk tertuduh Jose

Antonio Obama Nsue dan 30 tahun untuk Valentin Nzang Ega,” menurut pendakwa raya.

Presiden telah mengumumka­n satu siasatan mengenai kejadian susulan tragei tersebut, namun tiada maklumat lanjut dikeluarka­n sehingga kenyataan pendakwa raya.

Kementeria­n pertahanan telah menyatakan tiga letupan yang sangat kuat dari peluru berkaliber berat, beberapa minit kemudian, menyebabka­n “gegaran yang memusnahka­n sepenuhnya beberapa buah rumah berhampira­n.”

Bata merupakan kediaman bagi 800,000 daripada 1.4 juta penduduk di negara ini, kebanyakan mereka hidup dalam kemiskinan di sebalik kekayaan minyak dan gas di negara ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia