Utusan Borneo (Sarawak)

Dron Huthi terhempas di sebuah sekolah Arab Saudi

-

RIYADH: Sebuah dron yang membawa bom dilancarka­n oleh pemberonta­k Huthi di Yaman terhempas di sebuah sekolah Arab Saudi pada Ahad lepas, menurut media negara, di sebalik usaha diplomatik yang berkembang untuk satu gencatan senjata antara pihak-pihak yang berperang.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan di selatan wilayah Asir, lapor agensi rasmi Saudi Press Agency (SPA), memetik kepada pihak berkuasa pertahanan awam.

Gambar yang dikeluarka­n oleh SPA menunjukka­n bumbung sebuah bangunan yang rosak termasuk apa yang kelihatan sebagai bahagian dron yang pecah.

Serangan dilaporkan itu muncul tiga hari selepas pakatan diketuai oleh Arab Saudi menentang pemberonta­k yang dikaitkan dengan Iran menyatakan ia telah berhenti melakukan serangan di Yaman dalam langkah untuk membuka jalan bagi satu penyelesai­an secara aman.

Penangguha­n adalah bertujuan untuk “menyediaka­n dasar politik bagi satu proses damai di Yaman”, jurucakap pakatan Turki al-Maliki memberitah­u televisyen negara Arab Saudi pada Khamis lepas.

Namun sejurus selepas komennya, media negara Yaman melaporkan bahawa sekurang-kurangnya lapan orang awam telah terkorban dan 27 orang lagi tercedera dalam serangan di bandar utara Marib.

Pihak Huthi telah mengetuai satu serangan selama beberapa bulan bagi menawan Marib dan kawasan minyak sekitarnya – kawasan ketara terakhir bagi wilayah yang dimiliki oleh kerajaan di utara.

Pada awal bulan ini, pegawai dari Oman telah melawat Sanaa dan cuba meyakinkan pemberonta­k agar menerima satu gencatan senjata, menurut sumber pemberonta­k.

Usaha bagi memastikan kedamaian di Yaman muncul selepas Arab Saudi dan musuh wilayahnya Iran memulakan semula rundingan pada April, dengan pertemuan pertama di peringkat tinggi sejak Riyadh memutuskan hubungan diplomatik dengan Tehran pada 2016.

Arab Saudi mengetuai satu pakatan tentera yang campur tangan dalam konflik Yaman pada 2015, bagi menyokong kerajaan yang diiktiraf oleh pihak antarabang­sa.

PBB menyatakan Yaman sedang mengalami krisis kemanusiaa­n terburuk di dunia ketika peperangan selama beberapa tahun terus berlaku, dengan berpuluh ribu orang terkorban, berjuta-juta orang tiada tempat tinggal dan dua pertiga daripada 30 juta orang pendudukny­a bergantung kepada bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia