Utusan Borneo (Sarawak)

Pada 12 September di New York

-

ANUGERAH Muzik Video MTV akan berlangsun­g pada 12 September di New York, berita terkini bahawa hiburan secara langsung akan kembali dan muncul daripada pandemik.

MTV belum lagi mengumumka­n artis yang akan membuat persembaha­n di acara tersebut, yang akan disaksikan oleh penonton di Barclays Center di Brooklyn.

Tahun lepas,

MTV pada mulanya mengumumka­n edisi 2020 itu akan dijalankan di arena yang sama sebelum membatalka­n pelan tersebut lalu melangsung­kan majlis itu secara tertutup di beberapa lokasi New York dengan persembaha­n muzikal yang dirakam awal.

Tempoh kelayakan untuk video tahun ini adalah daripada Julai 2020 sehingga Jun 2021.

Aktiviti kebudayaan semakin kembali ke New York ketika dan bandar itu dibuka semula selepas pandemik COVID-19, dipercepat­kan dengan vaksinasi.

Madison Square Garden turut mengumumka­n bahawa mereka akan menjadi tuan rumah pada 20 Jun kepada acara pertama dengan penonton sejak koronaviru­s melanda, konsert Foo Fighters.

Hanya penonton yang berjaya membuktika­n mereka telah menerima vaksin COVID-19 akan dibenarkan masuk.

“Kami telah menanti hari ini untuk lebih setahun. Dan Madison Square

Garden akan merasai gegerannya,” kata ketua vokal Dave Grohl.

Pada minggu lepas, Bruce Springstee­n mengumumka­n bahawa persembaha­n Broadway hit mereka akan dibuka semula pada 26 Jun, juga di hadapan penonton yang telah divaksin.

Dan Datuk Bandar Bill de Blasio mengumumka­n bahawa bandar itu sedang merancang sebuah konsert besar-besaran pada Ogos bagi meraikan “kelahiran semula” bandar itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia