Utusan Borneo (Sarawak)

Pesakit kategori 4, 5 meningkat, penggunaan katil ICU cecah 97%

Pesakit kategori 4 perlu oksigen, kategori 5 perlu bantuan pernafasan

-

PUTRAJAYA: Bilangan pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 yang diperoleh daripada Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) perkhidmat­an hospital di seluruh negara menunjukka­n trend peningkata­n bermula April lepas iaitu 6,751 kes kepada 30,287 kes pada Mei.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata peningkata­n kes bagi kedua-dua kategori tersebut dijangka meningkat bulan ini memandangk­an setakat kelmarin, terdapat 22,857 kes direkodkan di seluruh negara.

Kita buka ruang untuk orang ramai buat aduan jika dikenakan caj dengan harga tidak

” berpatutan.

Datuk Seri Dr Adham Baba

Menteri Kesihatan

Pesakit kategori 4 adalah mereka yang memerlukan oksigen manakala kategori 5 adalah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Berikutan situasi melibatkan kategori 4 dan 5 itu, Dr Adham pada sidang media mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini semalam bersama Menteri Penyelaras program itu

Khairy Jamaluddin berkata kapasiti penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) kini mencapai 97 peratus.

Menurutnya, ketika ini terdapat 1,767 katil ICU di seluruh negara termasuk di hospital kerajaan dan hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan jumlah pesakit yang sedang menjalani rawatan rapi adalah 1,161 orang manakala 452 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam perkembang­an lain, Dr Adham berkata kerajaan menetapkan klinik dan pusat perubatan swasta untuk menyediaka­n bil terperinci bagi penjualan perkhidmat­an ujian COVID-19 di premis mereka, sekiranya kos dikenakan melebihi harga siling setiap jenis ujian seperti ditetapkan Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Kerajaan sebelum ini menetapkan harga siling bagi ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) berharga RM150, rapid molecular yang membolehka­n ujian diperoleh dengan pantas pada harga RM270, Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen pada harga RM60 dan ujian pantas mengesan antibodi pada kadar RM50 di Semenanjun­g.

Di Sabah dan Sarawak pula, harga siling RTPCR ditetapkan sebanyak RM200, RM350 bagi ujian rapid molecular, RM80 bagi RTK Antigen dan RM70 bagi ujian pantas antibodi.

Dr Adham berkata orang ramai boleh membuat aduan kepada CPRC dan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) sekiranya klinik atau pusat perubatan swasta mengenakan harga tidak berpatutan untuk ujian saringan COVID-19.

“Kita buka ruang untuk orang ramai buat aduan jika dikenakan caj dengan harga tidak berpatutan,” katanya. — Bernama

LENGGONG: Seorang wanita hamil yang juga rakyat Malaysia ketiga juta menerima vaksin COVID19 Nur Amalina Baharuddin berkongsi pengalaman­nya selepas menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Serbaguna Gerik, Hulu Perak, petang Sabtu lepas.

Nur Amalina, 27, yang menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech tidak mengalami kesan sampingan selepas lebih 24 jam menerima suntikan berkenaan, hanya berasa sakit di bahagian bahu, tidak pening atau muntah manakala kandungann­ya juga kekal aktif.

“Alhamdulil­lah selepas 24 jam terima vaksin, saya dalam keadaan baik, begitu juga bayi. Saya tiada kesan sampingan seperti pening kepala atau muntah malah bayi juga aktif.

“Di sini (PPV) ada ramai doktor jadi kita boleh tanya apa-apa sahaja soalan dan pihak kesihatan turut menyediaka­n doktor yang lebih arif untuk ibu hamil menerima vaksin,” katanya kepada Bernama semalam.

Nur Amalina yang hamil tujuh bulan setengah tidak menafikan sedikit gementar untuk mendaftar sebagai penerima vaksin memandangk­an dirinya membawa satu lagi nyawa.

Katanya, tidak ramai wanita hamil yang telah divaksin berkongsik­isahmereka­namun setelah banyak membaca dan mendapatka­n nasihat doktor dia yakin untuk mendaftark­an diri dan menerima suntikan pertama.

“Demi menyelamat­kan nyawa saya dan anak, inilah satu daripada cara saya ikhtiar sebab jika tidak divaksinas­i risiko jangkitan adalah lebih tinggi,” katanya lagi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKONGSI FAKTA: Dr Adham ketika sidang media mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas menghadiri mesyuarat bersama Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di Kompleks F, dekat Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama BERKONGSI FAKTA: Dr Adham ketika sidang media mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas menghadiri mesyuarat bersama Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di Kompleks F, dekat Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia