Utusan Borneo (Sarawak)

Dua PKRC di Kelantan henti terima pesakit baharu

-

KOTA BHARU: Dua daripada 16 Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kelantan akan menghentik­an penerimaan kemasukan pesakit baharu ke PKRC itu bermula semalam.

Pengarahny­a Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir berkata keputusan itu diambil berikutan jangkitan COVID19 di negeri itu menunjukka­n trend penurunan dalam tempoh beberapa minggu lepas selain kapasiti PKRC yang semakin terkawal.

Bagaimanap­un, Dr Mohd Zurairie berkata PKRC di Salor dan Kampung Laut akan terus beroperasi seperti biasa sehingga lebih 200 pesakit yang masih dirawat di pusat kuarantin itu selesai menjalani tempoh kuarantin.

“Kita juga akan memobilisa­sikan setiap petugas atau kakitangan yang berada di dua PKRC ini ke lokasi PKRC lain yang lebih memerlukan tenaga kerja seperti di Tanjung Chat kerana ada menempatka­n sebilangan pesakit klinikal yang memerlukan rawatan rapi,” katanya.

Dr Mohd Zurairie berkata demikian ketika ditemui pemberita di PKRC Kampus Kesihatan Universiti

Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, dekat sini semalam.

Menurutnya jumlah katil di PKRC Kelantan kini ialah sebanyak 2,930 berbanding bilangan pesakit seramai 1,330 orang dan dengan itu terdapat 1,500 katil kosong di PKRC di negeri itu.

Dalam pada itu, Dr Mohd Zurairie berkata pihaknya telah mengenal pasti tiga PKRC iaitu di Dewan Jubli Perak, Gelanggang Seni dan Tanjung Chat, masing-masing di daerah ini, dijadikan sebagai pusat kuarantin utama untuk merawat pesakit COVID-19.

Beliau berkata ketiga-tiga PKRC itu juga dijadikan sebagai pusat kuarantin yang terakhir ditutup operasinya sekiranya situasi bencana wabak di Kelantan semakin pulih. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Dr Mohd Zurairee (kiri) meninjau pesakit COVID-19 yang dimasukkan di PKRC Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Dr Mohd Zurairee (kiri) meninjau pesakit COVID-19 yang dimasukkan di PKRC Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia