Utusan Borneo (Sarawak)

Treler ke pedalaman jayakan Program Jangkauan Komuniti di Negeri Sembilan

-

KUALA PILAH: Program Jangkauan Komuniti (Outreach) Vaksinasi COVID-19 yang dilaksanak­an di Negeri Sembilan, menggunaka­n treler Klinik Pergigian Kuala Pilah sebagai tempat vaksinasi dalam usaha kerajaan memastikan imuniti kelompok dapat dicapai termasuk di kawasan pedalaman.

Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Daerah Kuala Pilah Mohd Faizal Abdul Manap berkata program yang bermula semalam, menyasarka­n tiga kawasan di daerah Kuala Pilah dengan penduduk Felda Kepis menjadi lokasi pertama berikutan kes positif COVID-19 yang tinggi di kawasan itu.

“Kuala Pilah merupakan daerah pertama dipilih untuk program ini berikutan kes jangkitan COVID-19 bagi Kluster Jalan Seroja Kepis meningkat dengan jumlah kumulatif 127 kes di sekitar kawasan itu, setakat 11 Jun lepas.

“Pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak itu beroperasi selama lima hari di Felda Kepis dengan sasaran lebih 1,000 penduduk akan menerima suntikan vaksin sebelum ke destinasi seterusnya di Padang Lebar dan Seri Menanti, kemudian program tersebut akan tertumpu ke perkampung­an Orang Asli,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di Dewan Semai Budi Felda Kepis, di sini semalam.

Menurutnya, untuk ke perkampung­an Orang Asli di Kuala Pilah itu, pihak Jabatan Kesihatan juga akan menggunaka­n van klinik bergerak sebagai PPV.

Sementara itu, rata-rata penduduk Felda Kepis ketika ditemui Bernama dalam program itu pada mulanya melahirkan rasa gementar dan cemas untuk menerima suntikan vaksin dos pertama kerana fobia berjumpa doktor selain takut pada jarum suntikan.

Bagaimanap­un, hasil penerangan yang dilakukan oleh petugas kesihatan yang bertugas, mereka mula merasa yakin dan sedar tentang kepentinga­n untuk mendapatka­n suntikan berkenaan khususnya mereka yang tergolong dalam kumpulan warga emas.

Salasiah Mat Isa, 61, mengakui perasaan takut untuk menerima suntikan itu, namun terpaksa akur untuk berbuat demikian setelah mendapat nasihat anak-anak dan suami.

“Tadi ada terfikir mahu lari balik, tetapi apabila teringat semula pesan suami dan anak-anak, mak cik beranikan diri juga kerana ia untuk kebaikan mak cik.

“Pagi tadi pak cik (suami) ambil dulu suntikan, mak cik tidak mahu ikut sebab takut. Selepas dia balik dan beritahu mak cik tidak rasa sakit membuatkan mak cik bersetuju dapatkan vaksin,” katanya.

Seorang lagi warga emas

Mohd Arshad Abd Razak, 76, yang berkerusi roda kerana mempunyai masalah tulang belakang, turut menyuaraka­n perasaan yang sama namun setelah menerima suntikan, beliau mengakui ia tidak sakit seperti yang dibayangka­n.

“Terima kasih dengan usaha kerajaan mewujudkan PPV bergerak ini yang dapat memudahkan pemberian vaksin kepada penduduk kampung memandangk­an dewan vaksinasi terdekat terletak sejauh 30 kilometer dari Felda Kepis itu.

“Lebih mudah ada PPV bergerak ini kerana selepas penduduk mendaftar kami terus menerima vaksin, tidak perlu menunggu,” katanya yang menerima suntikan bersama isterinya, Miskiah Abdul Rahman, 55, serta dua anaknya, Ahmad Salehuddin Mohd Arshad, 40, dan Azhad Mohd Arshad, 36. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIADA GOLONGAN TERTINGGAL: Mohd Faizal (kiri) melawat ke Klinik Pergigian Bergerak yang dijadikan sebagai tempat suntikan vaksin COVID-19 di Felda Kepis di Kuala Pilah, semalam.
— Gambar Bernama TIADA GOLONGAN TERTINGGAL: Mohd Faizal (kiri) melawat ke Klinik Pergigian Bergerak yang dijadikan sebagai tempat suntikan vaksin COVID-19 di Felda Kepis di Kuala Pilah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia