Utusan Borneo (Sarawak)

Cepatnya COVID-19 ‘rampas’ suami dan 14 jiran saya: Fadzilah

Kluster Dah Mahsuri cetus trauma, mangsa dirundung kesedihan

-

Saya kenal mereka semua, kebanyakan dah tua, tapi ada juga yang muda... cepatnya ya Allah, sebaik tiba di Kulim, saya diberitahu keadaan suami terus kritikal dan dia dibawa ke Hospital Kulim dan terus ‘ditidurkan’, pada 4 Jun tepat jam

12 tengah hari, dia dah tak ada.

JITRA: “Jangan lupa, hari kelima jemput ayah balik, masa tu mesti dah lega,” pesan Ismail Putih dengan penuh yakin kepada anakanakny­a pada 30 Mei lepas, sebelum menaiki ambulans di rumahnya di Taman Mahsuri, di sini.

Seperti dijanjikan, Ismail, 63, benar-benar ‘pulang’ pada hari kelima, selepas keluar untuk ke pusat kuarantin pesakit COVID-19 di Kulim, dan tatkala mengimbas detik itu, isterinya Fadzilah Kassim, 57, berkata kali terakhir bertentang mata dengan buah hatinya itu, arwah cukup ceria walaupun ‘sakit’.

“Hari tu, sebelum pergi ke pusat kuarantin, arwah sempat bergurau dengan anak-anak dan siap buat video rakamkan perjalanan­nya ke pusat kuarantin,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Fadzilah berkata, dia serta tiga anaknya turut disahkan positif COVID-19 dan wabak itu bukan sahaja menyebabka­nnya kehilangan tulang belakang keluarga, malah 14 jiran yang tinggal di kawasan perumahan sama turut ‘dirampas’, dalam tempoh hanya kira-kira dua minggu.

“Saya kenal mereka semua, kebanyakan dah tua, tapi ada juga yang muda... cepatnya ya Allah, sebaik tiba di Kulim, saya diberitahu keadaan suami terus kritikal dan dia dibawa ke Hospital Kulim dan terus ‘ditidurkan’, pada 4 Jun tepat jam 12 tengah hari, dia dah tak ada.

“Tapi saya rasa macam dia

Mangsa COVID-19

masih ada, sebab masa pergi dia nampak sihat macam biasa, dia cuma ada kencing manis, umur memang dah 60 lebih, tapi dia masih aktif, fit dan ‘handsome’, sekarang rasa macam dia masih dirawat di wad, tak boleh balik lagi,” kata Fadzilah cuba menutup duka di hatinya.

Katanya, beliau masih cuba menerima kenyataan dan bersyukur kerana mendapat sokongan yang kuat daripada ahli keluarga serta rakan-rakan, yang tidak jemu bertanya khabarnya dan anak-anak.

“Arwah dikenali ramai sebab dia bekas pegawai kepada wakil rakyat di kawasan kami, arwah selalu turun bersama untuk tengok masalah dan bantu bagi sumbangan kepada masyarakat, jadi ramai yang kenal arwah, ambil berat anjurkan bacaan Yassin serta tahlil untuk arwah,” katanya.

Sementara itu seorang guru Muhammad Fadlan Aiman Mhd Fadzy, 28, pula berkata, mendapat berita seorang demi seorang jirannya dijemput Ilahi bukannya suatu perkara yang menyenangk­an, malah pengalaman itu menyebabka­n kedua-dua orang tuanya trauma dan dirundung kesedihan yang teramat.

“Seramai 15 orang jiran kami meninggal dunia disebabkan COVID-19, kebanyakan­nya adalah kawan rapat mak dan ayah, saya juga kenal mereka sejak kecil, sebab itu mak dan ayah terlalu sedih dengan apa yang terjadi.

“Esok (hari ini) tamat PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan), tapi mak pesan dekat kakak jangan balik rumah tiga bulan, padahal kakak duduk dekat taman kami saja. Mak terlalu trauma, dia tak mahu ambil risiko benarkan anak cucu datang,” katanya yang juga terbabit dalam kluster Dah Mahsuri.

Mengimbas sebelum ini, ibu serta ayahnya mula mendapat simptom COVID-19, Muhammad Fadlan berkata ibunya Azizah Abdullah, 62, mula demam pada hari raya pertama (13 Mei), diikuti ayahnya Mhd Fadzy

Ismail, 66, pada raya ketiga dan akhirnya dirinya turut demam.

“Saya dihantar ke pusat kuarantin di Sungai Petani, emak ke Kulim dan ayah ke Hospital Kuala Nerang kerana paras oksigennya rendah. Kami tak tahu siapa yang dijangkiti dulu, sebab ayah dan mak memang jemaah surau di taman ni, saya pun selalu ke surau,” katanya.

Muhammad Fadlan berkata perit akibat diserang COVID-19 sukar untuk diceritaka­n, namun dia bersyukur kerana dia dan keluargany­a berjaya mengharung­i dugaan itu.

“Saya bersimpati dengan rakan-rakan yang kehilangan ahli keluarga, salah seorang rakan saya yang tinggal berdekatan rumah kami, kehilangan ayah dan datuk sekali gus, sangat menyedihka­n,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Dr Mohd Hayati Othman mengesahka­n, seramai 15 jemaah masjid di Taman Mahsuri, yang positif COVID-19 meninggal dunia dalam tempoh dua minggu lepas.

Beliau dipetik sebagai berkata, perkara itu dimaklumka­n oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah dan wabak itu dikesan mula menjangkit­i jemaah masjid terbabit sejak Mei, hingga tercetusny­a kluster Dah Mahsuri, membawa pelaksanaa­n PKPD di Taman Mahsuri di sini, sejak 18 Mei lalu, dan akan berakhir hari ini. — Bernama

Fadzilah Kassim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia