Utusan Borneo (Sarawak)

PPV bergerak di Muar akan diteruskan di kawasan Orang Asli dan Felda

-

MUAR: Pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak di daerah Muar akan diteruskan di beberapa kawasan lagi, yang bakal memfokuska­n kawasan kampung terutamany­a penempatan Orang Asli dan juga Felda.

Pegawai Daerah Muar Mustaffa Kamal Shamsudin berkata, pihaknya akan memastikan setiap individu yang berdaftar untuk proses vaksinasi pada fasa kedua di daerah ini, yang membabitka­n golongan warga emas mendapat vaksin walaupun berada di kawasan pedalaman.

Katanya, program PPV bergerak ini diteruskan pada hari ini (14 Jun) di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Balang, setelah dijangkaka­n berjalan selama 10 hari sehingga 24 Jun atau sasaran 2,000 penerima vaksin selesai.

“Kita juga telah berhubung dengan beberapa pihak lain seperti Institut Jantung Negara (IJN), bagi memperbany­akkan PPV bergerak di daerah ini.

“Bermula 19 Jun 2021 ini, PPV bergerak akan dilaksanak­an di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felcra Bukit Kepong, dengan sasaran sekitar 1,000 penerima vaksin,” katanya ketika ditemui Bernama, semalam.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Muar Dr Noorhaidah Ujang berkata, pihaknya turut merancang untuk meneruskan PPV bergerak terbabit di kawasan pedalaman dan kawasan kampung.

Katanya, sekiranya mendapat tambahan jumlah vaksin, PPV bergerak ini akan dilaksanak­an di kawasan Lenga, di mana di kawasan terbabit terdapatny­a perkampung­an Orang Asli.

“Kita juga akan bergerak ke kawasan Felda yang di kawasan sana turut mempunyai generasi pertama, yang kebanyakan­nya terdiri daripada golongan warga emas,” katanya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang Zaiton Ismail berkata, pihaknya dengan kerjasama penghulu dan ketua kampung, mengambil masa tiga minggu untuk mendaftark­an penerima vaksin yang jumlahnya sekitar 2,000 orang untuk divaksin bermula semalam.

Dalam pada itu, penerima vaksin Kamsinah@Minah Eksan, 82, berkata dia bersyukur menerima vaksin COVID-19 ini, lebih-lebih lagi lokasinya agak hampir dengan kediamanny­a, di Parit Jamil.

Katanya yang sebelum ini belum berdaftar dengan MySejahter­a, turut berterima kasih kepada ketua kampung dan ADUN Sungai Balang kerana mendaftark­annya, sekali gus menerima vaksin semalam.

“Alhamdulil­lah...saya bersyukur dan gembira setelah mendapat vaksin ini, sekurang-kurangnya saya kini dapat melindungi diri dan juga mereka yang ada berhampira­n dengan saya (ahli keluarga),” katanya.

Seorang lagi penerima vaksin Siti Marim Katomon, 68, berkata, lokasi PPV bergerak ini jaraknya hanya tiga kilometer daripada rumahnya di Kampung Parit Yusuf, Semerah.

“Memang agak dekat dengan rumah PPV bergerak ini dan ia memudahkan saya, berbanding sebelum ini saya perlu ke Pagoh, yang jaraknya hampir 30 kilometer sehala,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia