Utusan Borneo (Sarawak)

Telefon pintar bukan untuk ‘main game’

Pemberian gajet untuk mudahkan pelajar mengikuti PdPR, buat persiapan peperiksaa­n

-

Namun, ibu bapa juga diminta supaya mengawasi anak-anak agar tidak menyalahgu­nakan gajet itu bagi tujuan bermain permainan secara dalam talian, kerana itu boleh menjejaska­n fungsi sebenar telefon untuk tujuan

” pendidikan.

Ahmad Saidi Mohamad Daud

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak

PADANG RENGAS: Sebanyak 20,000 unit telefon pintar yang akan diberikan kepada pelajar golongan B40 menerusi program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS), adalah bertujuan bagi memudahkan persiapan menghadapi peperiksaa­n dan bukannya untuk permainan telefon.

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, menerusi pemberian telefon pintar itu, pelajar seharusnya dapat meneruskan pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PdPR) tanpa halangan, atau masalah berkaitan Internet.

“Pelajar boleh mendapatka­n maklumat melalui program e-tuisyen secara dalam talian 24 jam untuk mata pelajaran dari Tahap 1 hingga Tingkatan Enam, serta beratus ribu aplikasi, selain boleh menjawab soalan yang diberikan dengan menikmati data percuma dan diberikan baucer buku secara percuma, di kedai yang terpilih.

“Namun, ibu bapa juga diminta supaya mengawasi anak-anak agar tidak menyalahgu­nakan gajet itu bagi tujuan bermain permainan secara dalam talian, kerana itu boleh menjejaska­n fungsi sebenar telefon untuk tujuan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahka­n telefon pintar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lubuk Merbau Dr Jurij Jalaludin, di Pusat Khidmat ADUN Lubuk Merbau di sini semalam.

Jelasnya, gajet itu antara lain akan membantu pelajar menghadapi peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), pada tahun ini.

Menurutnya untuk fasa pertama ini, setiap ADUN akan menerima 150 buah unit gajet dan baki 100 buah lagi untuk fasa kedua akan diserahkan selepas ini, sekali gus melengkapk­an proses pemberian untuk program tersebut.

Beliau berkata gajet itu akan diserahkan ke semua 59 Pusat Khidmat ADUN kerajaan dan pembangkan­g, yang dijangka dapat diselesaik­an pada akhir bulan ini.

“Program ini adalah kolaborasi kerjasama pintar kerajaan negeri, pejabat Exco Pendidikan, YTL Foundation, Yayasan Bina Upaya (YBU), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Dilapor, kerajaan negeri melancarka­n program TCS, yang akan memberi manfaat kepada hampir 200,000 pelajar di seluruh Perak, khususnya daripada keluarga miskin dan berpendapa­tan rendah (B40).

Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad dilaporkan sebagai berkata, sasaran utama program ini adalah untuk membantu pelajar yang akan menduduki peperiksaa­n utama, termasuk 40,642 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sepatutnya menduduki ujian pada tahun 2020, tetapi ditangguhk­an ke tahun ini ekoran pandemik COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia