Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki keluar masuk kawasan PKPD di Tumpat ditahan, dikompaun

-

TUMPAT: Polis menahan dua lelaki yang didapati keluar masuk dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) Kampung Kutan Tengah, di sini, semalam.

KetuaPolis­DaerahTump­at Supt Abd Rashid Mat Daud berkata seorang suspek berumur 38 tahun ditahan pada 7 malam selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigak­an berdekatan tali air kerana melepasi kawat duri.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki terbabit mengaku sudah beberapa kali melepasi kawat duri yang dipasang untuk berulang-alik dari rumah sewanya (di luar lokaliti) ke rumah emaknya di dalam kawasan PKPD.

“Lelaki terbabit juga dikesan positif dadah jenis methamphet­amine selain turut memiliki beberapa rekod jenayah lampau seperti dadah dan kekerasan.

“Dia kini ditahan reman selama tiga hari atas kesalahan dadah dan akan disiasat juga mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya kepada pemberita selepas meninjau PKPD Kampung Kutan Tengah, di sini semalam.

Abd Rashid berkata pihaknya turut menahan seorang lagi lelaki berumur 33 tahun tengah hari semalam dan dikenakan kompaun sebanyak RM3,000 mengikut Akta 342 atas kesalahan sama.

Sementara itu, mengulas mengenai berita tular menerusi laman sosial mengenai kawat duri yang dipotong oleh individu tidak bertanggun­gjawab Sabtu lepas, Abd Rashid berkata ia sudah diganti baharu dan akan memperketa­tkan lagi rondaan dan kawalan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat.

Katanya setakat ini, keanggotaa­n sudah ditambah kepada 60 orang dan mereka akan bertugas dalam tiga syif.

“Selain di PKPD Kampung Kutan Tengah, kita juga turut menambah keanggotaa­n di Kampung Ketil dekat Pengkalan Kubor yang turut dikenakan PKPD.

“Orang ramai dinasihatk­an agar sentiasa mematuhi arahan daripada pihak berkuasa dalam usaha kerajaan mengelak berlakunya penularan COVID19,” katanya.

PKPD di Kampung Kutan Tengah dan Kampung Ketil bermula 11 hingga 24 Jun.

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Ab Rashid, meninjau kawat berduri yang baru dipasang selepas dirosakkan penduduk untuk merentas kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) Kutan Tengah, di Tumpat, semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Ab Rashid, meninjau kawat berduri yang baru dipasang selepas dirosakkan penduduk untuk merentas kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) Kutan Tengah, di Tumpat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia