Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang lagi lelaki ditahan kes pecah rumah Datuk Bandar MBPP

-

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pecah masuk kediaman rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Yew Tung Seang, di Jalan Park, Pulau Tikus di sini pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan awal pagi hari ini di kawasan Balik Pulau, dekat sini.

“Suspek kelima itu ditahan awal pagi tadi (semalam) dan polis percaya dengan penahanan lelaki itu, kami berjaya menyelesai­kan kes pecah masuk kediaman rasmi Datuk Bandar MBPP.

“Susulan penahanan semua mereka (lima lelaki), polis turut merampas beberapa barangan dipercayai dilarikan daripada rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya semua mereka kini direman untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat menurut Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan.

Kelmarin, polis menahan empat lelaki termasuk dua beradik bagi membantu siasatan berhubung kes pecah masuk kediaman rasmi Datuk Bandar MBPP, dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Pantai Bersih, Butterwort­h pada 10.15 pagi kelmarin.

Kesemua suspek berusia antara 25 dan 37 tahun itu ditahankir­a-kirasejams­elepas polis menerima laporan berhubung kejadian pecah rumah tersebut, dan susulan penahanan mereka polis turut merampas sebahagian barangan dilarikan daripada rumah Datuk Bandar MBPP.

Menurut sumber polis, kejadian itu disedari ahli keluarga Yew pada 9 pagi, selepas mendapati rumah tersebut dalam keadaan berselerak dan pemeriksaa­n lanjut mendapati sebuah kenderaan jenis Honda CRV dan beberapa barangan hilang, antaranya komputer riba serta beg berjenama.

Pemeriksaa­n kamera litar tertutup yang terdapat di kediaman rasmi itu mendapati terdapat kelibat lelaki telah memasuki rumah dua tingkat tersebut pada 5 pagi dan melarikan barangan yang hilang termasuk sebuah kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia