Utusan Borneo (Sarawak)

Belanda raih kemenangan 3-2 tewaskan Ukraine

Gol kemenangan lewat Dumfries memberi kemenangan kepada Belanda dalam aksi perlawanan Kumpulan C

-

Saya fikir kami sangat seimbang dan menguasai permainan, jadi kami sememangny­a mahu melihat corak serangan yang sama. Kami boleh berasa

” bangga dengan kemenangan ini.

Frank de Boer

Jurulatih Belanda

AMSTERDAM: Denzel Dumfries menjaringk­an gol kemenangan lewat ketika Belanda meraikan kepulangan ke kejohanan besar dengan kemenangan 3-2 ke atas Ukraine pada perlawanan Kumpulan C di Euro 2020 pada Ahad.

Dumfries, pemain pertahanan kelab PSV Eindhoven, menanduk satu hantaran lintang dari pemain gantian, Nathan Ake untuk gol kemenangan Belanda gagal mempertaha­nkan pendahulua­n selesa 2-0 sebelum diikat 2-2.

Kapten Belanda, Georginio Wijnaldum dan Wout Weghorst menjaringk­an gol sebelum satu jam permainan di Johan Cruyff Arena sebelum Andriy Yarmolenko dan Roman Yaremchuk mengikat kedudukan untuk Ukraine.

Skuad kendalian Frank de Boer menjaringk­an gol kemenangan untuk membangkit­kan kemeriahan buat Belanda pada perlawanan pertama mereka dalam satu kejohanan antarabang­sa sejak tujuh tahun.

“Saya fikir kami sangat seimbang dan menguasai permainan, jadi kami sememangny­a mahu melihat corak serangan yang sama. Kami boleh berasa bangga dengan kemenangan ini,” tegas De Boer.

Belanda berharap untuk mengekalka­n rentak pada menentang Austria, yang menewaskan Macedonia Utara 3-1 pada perlawanan awal.

Ia adalah perlawanan menarik, dengan sejumlah 16,000 penonton mewujudkan satu suasana yang meriah di stadium milik kelab Ajax, di mana penyokong mereka mengangkat sepanduk dengan ucapan sokongan kepada Christian Eriksen, pemain tengah Denmark yang mengalami serangan jantung terhenti ketika menentang Finland pada Sabtu.

Eriksen pernah bermain bersama Ajax sebelum berpindah ke Tottenham Hotspur pada 2013 dan beberapa pemain Belanda juga masih rapat dengan beliau.

Daley Blind pernah bermain bersama Eriksen di Amsterdam dan beliau sendiri pernah memerlukan pembedahan jantung pada 2019 selepas dikesan dengan penyakit miokardist­is. Beliau sebak ketika dikeluarka­n dalam separuh masa kedua.

“Daley agak sebak kerana beliau mempunyai masalah yang sama di bahagian jantung,” kata De Boer.

“Malah sekarang, Christian adalah salah seorang rakan baiknya dan ia normal anda berasa sebak.”

Selepas gagal layak ke Euro 2016 dan Piala Dunia 2018, Belanda bermain kejohanan besar pertama mereka sejak muncul tempat ketiga di Piala Dunia 2014.

Mereka belum memenangi satu perlawanan di Euro dalam tempoh 13 tahun, sejak menewaskan Romania 2-0 di Euro 2008.

Kemunculan pemain seperti Frenkie de Jong dan Matthijs de Ligt memberikan harapan kepada masa depan Belanda.

Namun keyakinan Belanda dicemari dengan masalah pemilihan pemain oleh De Boer.

Matthijs de Ligt, tidak dapat diturunkan­keranabaha­ru pulih dari kecederaan sementara Virgil van Dijk tidak langsung tersenarai.

Donny van de Beek menarik diri dari skuad dan penjaga gol Jasper Cillessen dikeluarka­n selepas positif COVID-19.

De Boer bertukar ke formasi 3-5-2 dan menurunkan Frenkie de Jong dan Memphis Depay di jentera serangan.

Sistem itu membantu Wijnaldum menambah ancaman dari posisi tengah sementara Dumfries terus mengancam di sayap kanan.

Beliau seharusnya boleh menjaringk­an gol pada lewat separuh

masa pertama, selepas penjaga gol Ukraine, Georgiy Bushchan menepis satu cubaan Wijnaldum.

Belanda mendapat ganjaran tidak lama selepas rehat apabila Bushchan menepis satu cubaan Dumfries tetapi bola sampai ke kaki Wijnaldum untuk melakukan penyudah kemas.

Weghorst kemudian merembat bola muntah untuk meletakkan Belanda semakin selesa di hadapan.

Penjaga gol Belanda, Maarten Stekelebur­g, 38, pemain tertua yang pernah mewakili Belanda pada satu kejohanan besar, tidak begitu diuji sehingga ditewaskan pada minit ke-75 dengan satu rembatan cantik Yarmolenko.

Yaremchuk kemudian menanduk satu tendangan percuma Ruslan Malinovsky­i untuk gol penyamaan dan Ukraine membayangk­an satu mata berharga sebelum Dumfries menjaringk­an gol kemenangan. “Ia mengecewak­an apabila tewas pada lewat permainan tetapi ia bukan satu tragedi,” kata jurulatih Ukraine, Andriy Shevchenko. “Kami masih ada dua perlawanan lagi.”

 ?? — Gambar AFP ?? MENDEBARKA­N: Penjaga gol Ukraine Georgiy Bushchan (kiri) menepis rembatan Dumfries (kanan) pada perlawanan Euro 2020 kumpulan C di antara Belanda dan Ukraine di Arena Johan Cruyff di Amsterdam, kelmarin.
— Gambar AFP MENDEBARKA­N: Penjaga gol Ukraine Georgiy Bushchan (kiri) menepis rembatan Dumfries (kanan) pada perlawanan Euro 2020 kumpulan C di antara Belanda dan Ukraine di Arena Johan Cruyff di Amsterdam, kelmarin.
 ??  ?? YAREMCHUK
YAREMCHUK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia