Utusan Borneo (Sarawak)

Euro 2020: Jerman bertemu Perancis

-

MUNICH: Juara dunia, Perancis, memulakan kempen Euro 2020 mereka hari ini menentang pasukan Jerman yang bersemanga­t untuk mengembali­kan kecemerlan­gan mereka pada pertemuan pertama dua pasukan gergasi bola sepak Eropah pada kejohanan tahun ini.

Perancis bertandang ke Munich untuk aksi Kumpulan F dengan satu perbalahan di antara dua penyerang, Kylian Mbappe dan Olivier Giroud tetapi mereka masih diletakkan sebagai pilihan juara, sementara Jerman masih bergelut dan dalam tekanan untuk menyerlah.

Selepas 15 tahun membimbing pasukan, jurulatih Jerman, Joachim Loew akan melepaskan jawatan selepas kejohanan ini dan mahu membentuk satu mentaliti “seperti 2014” apabila skuadnya “bersatu” untuk memenangi Piala Dunia tahun itu.

Perancis tidak perlu mengingati apa yang berlaku di Brazil, di mana mereka tersingkir di suku akhir apabila tandukan Mats Hummels memastikan kemenangan Jerman di Stadium Maracana di Rio de Janeiro.

Perancis menebus kekalahan mereka apabila menang 2-0 pada perlawanan separuh akhir di Euro 2016 sebelum tewas kepada Portugal di final.

Perancis menang perlawanan terakhir di antara dua negara jiran itu pada 2018 apabila Griezmann menjaringk­an kedua-dua gol ketika kemenangan 2-1 pada perlawanan Liga Negara UEFA di Paris.

Jerman berdepan permulaan sukar di Euro 2020, dengan satu perlawanan menentang juara bertahan, empat hari selepas menentang Perancis sebelum menamatkan pusingan pertama menentang Hungary.

Ketegangan sudah berlaku dalam skuad Perancis selepas Giroud, yang menjaringk­an dua gol apabila dimasukkan dari bangku simpanan ketika menewaskan Bulgaria 3-0 pada perlawanan persahabat­an selepas mengadu kurang menerima bola.

Ia menjanjika­n perlawanan tegang selepas pemain pertahanan Jerman, Antonio Rudiger mengakui Jerman mungkin perlu ‘sedikit kotor’ untuk menangani serangan Perancis.

“Jerman mempunyai pemain muda yang bagus dan saya tidak percaya mereka selemah yang dibayangka­n,” kata pemain pertahanan Perancis, Benjamin Pavard, yang bermain di Jerman bersama Bayern Munich.

Loew, 61, terdesak untuk memberikan Jerman rekod kejuaraan Eropah yang keempat dan meningkatk­an reputasiny­a, yang tercemar apabila pasukannya gagal melepasi pusingan pertama Piala Dunia 2018.

Tiga tahun selepas malapetaka di Rusia itu, Loew harus berharap benteng rapuhnya boleh menghadapi Perancis, yang boleh menurunkan barisan jentera serangan berbisa – Mbappe, Griezmann dan Karim Benzema.

Jerman dijangka bermain dengan formasi 3-5-2 dalam satu cubaan untuk menangani ancaman Perancis, namun Jerman bolos 20 gol, hanya tiga kali tanpa bolos dalam 13 perlawanan terakhir.

Loew memberi jaminan kepada penyokong bahawa pemainnya akan menyarung jersi “dengan rasa bangga”.

“Kami harus berusaha sepenuhnya untuk mencapai sesuatu. Kami akan memberikan segala-galanya,” kata beliau.

Jerman melangkah sekurang-kurangnya ke separuh akhir setiap kejohanan besar dari Piala Dunia 2006 hingga Euro 2016 tetapi tiga tahun terakhir agak malang.

Selepas malapetaka Piala Dunia, mereka menamatkan kumpulanLi­gaNegaraUE­FA 2018/2019 di tangga tercorot, dimalukan 0-6 oleh Sepanyol pada bulan November dan tewas 1-2 kepada pasukan kerdil, Macedonia Utara pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 pada bulan Mac.

“Kekecewaan tiga tahun terakhir memberi kesan,” akui Hummels, yang bersama-sama Thomas Mueller, dipanggil semula oleh Loew ke dalam skuad selepas membuat keputusan menamatkan kerjaya antarabang­sa mereka pad 2019. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LEDAK: Gregoritsc­h menjaringk­an gol kedua buat pasukannya dalam perlawanan Euro 2020 Kumpulan C di antara Austria dan Macedonia di Arena Antarabang­sa di Bucharest, kelmarin.
— Gambar AFP LEDAK: Gregoritsc­h menjaringk­an gol kedua buat pasukannya dalam perlawanan Euro 2020 Kumpulan C di antara Austria dan Macedonia di Arena Antarabang­sa di Bucharest, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia