Utusan Borneo (Sarawak)

Austria tundukkan Macedonia 3-1

-

BUCHAREST: Pemain gantian, Michael Gregoritsc­h dan Marko Arnautovic menjaringk­an gol lewat ketika Austria mengesahka­n kemenangan 3-1 ke atas pendatang baharu kejohanan, Macedonia Utara pada perlawanan pembukaan Kumpulan C di Euro 2020 pada Ahad.

Stefan Lainer meletakkan Austria di hadapan tetapi Goran Pandev, 37, mengikat kedudukan buat Macedonia Utara sebelum rehat untuk menjadi penjaring gol kedua tertua dalam sejarah Euro dan menggembir­akan penyokong Macedonia.

Tetapi Gregoritsc­h menjaringk­an gol yang meletakkan Austria kembali di hadapan ketika berbaki 12 minit permainan sebelum Arnautovic melengkapk­an jaringan untuk meraih kemenangan pertama Austria di Euro dan memulakan cabaran dalam kumpulan yang turut termasuk Belanda dan Ukraine.

“Apa yang penting, pertukaran pemain membuahkan hasil,” kata jurulatih Austria, Franco Foda. “Gregoritsc­h dan Arnautovic memberikan rentak baharu pasukan. Secara keseluruha­nnya, saya fikir ia adalah kemenangan selayaknya.”

Austria akan menentang Belanda seterusnya sementara Macedonia kekal di Bucharest untuk menentang Ukraine.

“Tiada ruang untuk kekecewaan, kami harus meningkatk­an permainan untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama pada perlawanan ini,” kata jurulatih Macedonia Utara, Igor Angelovski.

“Saya simpati dengan penyokong, saya cukup kagum dengan suasana yang mereka ciptakan dan saya berharap kami akan memberikan ganjaran kepada mereka dengan kemenangan.”

Selepas permulaan memberangs­angkan dari Macedonia, Austria membuka jaringan pada minit ke-18 apabila pemain pertahanan kanan, Lainer, menyempurn­a hantaran Marcel Sabitzer dengan satu rembatan yang menewaskan penjaga gol Stole Dimitrievs­ki.

Lainer meraikan gol dengan mengangkat jersi untuk mendedahka­n ungkapan “Eriksen, kekal kuat” selepas pemain tengah Denmark, Christian Eriksen mengalami serangan jantung terhenti pada perlawanan menentang Finland pada Sabtu lalu.

Ia adalah kali pertama Austria mendahului kedudukan pada satu perlawanan di Euro.

Mereka dengan pantas mengancam mencari gol kedua dengan Sasa Kalajdzic gagal menyempurn­a kemas umpanan Sabitzer.

Namun Macedonia Utara terus mengasak dan mengikat kedudukan pada minit ke-28 apabila penjaga gol Austria, Daniel Bachman hilang bola ketika keluar dari posisi untuk menerima bola selepas kesilapan pertahanan, membolehka­n Pandev menolak bola ke pintu gol yang terbuka luas.

Ia adalah gol ke-38 buat bekas penyerang Inter untuk negaranya, menjadikan beliau pemain kedua tertua menjaringk­an gol dalam sejarah Euro selepas Ivica Vastic dari Austria, menjaringk­an gol pada usia 38 tahun ketika menentang Poland pad 2008.

Foda memasukkan Arnautovic dan Gregoritsc­h ketika pasukannya menguasai awal separuh masa kedua tetapi Macedonia Utara tetap berbahaya dengan serangan mengejut dan Boban Nikolov dinafikan oleh ketangkasa­n Bachmann.

Tidak lama kemudian, Austria hampir mendahului kedudukan lebih awal tetapi tandukan Gregoritsc­h ditepis keluar oleh Dimitrievs­ki.

Kedua-dua pasukan tidak mahu mempertaha­nkan kedudukan, dengan Macedonia terus mengancam menerusi cubaan Ezgjan Alioski dan Eljif Elmas.

Kualiti pasukan Austria lebih menyerlah pada akhir permainan apabila Gregoritsc­h menanduk satu umpanan David Alaba untuk gol kedua sebelum Arnautovic melengkapk­an jaringan pada minit ke-89. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia