Utusan Borneo (Sarawak)

Doktor pasukan Denmark sahkan Eriksen alami serangan jantung terhenti

-

COPENHAGEN: Doktor pasukan Denmark berkata pada Ahad bahawa mereka masih ‘tiada penjelasan’ tentang kenapa pemain tengah, Christian Eriksen rebah semasa perlawanan pembukaan mereka di Euro 2020 menentang Finland namun mengesahka­n pemain itu mengalami serangan jantung terhenti.

“Beliau sudah hilang dan kami melakukan pemulihan nafas,” kata doktor pasukan, Morten Boesen ketika memberitah­u satu sidang media.

“Bagaimana hampir situasi kami? Saya tidak tahu. Kami berjaya mengembali­kan pernafasan beliau dengan cubaan pertama, jadi ia agak pantas,” tambah Boesen.

Bagaimanap­un, doktor juga berkata mereka masih belum mengetahui apa punca serangan jantung pemain berusia 29 tahun itu.

“Tiada penjelasan setakat ini,” kata Boesen sambil menambah semua ujian telah dilakukan setakat ini ke atas pemain, yang masih di hospital, mendapat keputusan normal.

“Ia adalah salah satu sebab kenapa beliau masih ditahan di hospital,” tambah doktor.

Pemain kelab Inter Milan itu rebah secara tiba-tiba pada minit ke-43 pada perlawanan Kumpulan B Sabtu lepas dan tidak bergerak ketika kakitangan perubatan melakukan rawatan kecemasan pernafasan (CPR).

Beliau berada di padang selama kira-kira 15 minit sebelum diusung keluar dan dihantar ke hospital dalam keadaan sedar.

Perlawanan terhenti sementara ketika menunggu keadaan kesihatan Eriksen tetapi disambung semula selepas laporan bahawa pemain dalam keadaan stabil. Perlawanan berakhir dengan kemenangan 1-0 buat Finland, yang membuat penampilan sulung di Euro.

Pemain dalam pasukan Denmark diberi pilihan untuk meneruskan atau menangguhk­an permainan tetapi pada Ahad, jurulatih Denmark, Kasper Hjuland berkata beliau kesal dengan keputusan itu.

“Sejujurnya saya tidak fikir kami seharusnya kembali semula ke padang,” kata Hjulmand.

Beliau menambah Eriksen ada memberitah­unya bahawa beliau pasukan terus bermain pada kejohanan itu.

“Christian mahu kami terus bermain, jadi kami melakukann­ya. Kami mahu bermain untuk Christian,” kata Hjulmand. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? UNTUK ALBUM: (Dari kiri) Boesen, jurulatih antarabang­sa Kasper Hjulmand, dan pengarah DBU Peter Moeller bergambar selepas sidang media di Elsinore, kelmarin.
— Gambar AFP UNTUK ALBUM: (Dari kiri) Boesen, jurulatih antarabang­sa Kasper Hjulmand, dan pengarah DBU Peter Moeller bergambar selepas sidang media di Elsinore, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia