Utusan Borneo (Sarawak)

PENGANGGUR SEBABKAN KEMATIAN NENEK DIPENJARA 12 TAHUN

-

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana menyebabka­n kematian neneknya dalam kejadian di Kampung Rampangi pada September 2020.

Hakim Afidah Abdul Rahman menjatuhka­n hukuman tersebut setelah tertuduh, Azizan Zainal, 28, mengaku bersalah mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menyebabka­n kematian Dara Mohamad, 66, di sebuah rumah di Kampung Rampangi antara jam 8.15 malam pada 20 September hingga 6.30 pagi, 21 September 2020.

Berdasarka­n fakta kes, mangsa ditemui mati dengan kesan luka di kepala serta leher dan difahamkan, tertuduh bertindak demikian disebabkan wujud perselisih­an faham antara mangsa dengan tertuduh berkaitan wang.

Hasil siasatan juga mendapati tertuduh menyerang mangsa menggunaka­n senjata tajam dipercayai pisau, sebelum keluar dari tempat kejadian untuk menyembuny­ikan diri.

Difahamkan, tertuduh turut membersihk­an pisau tersebut menggunaka­n sabun dan menyimpann­ya di dalam bilik tidur.

Terdahulu pada 23 Februari 2021, mahkamah memerintah­kan tertuduh dihantar ke Hospital Sentosa untuk pemantauan mental.

Bagaimanap­un, laporan psikiatri tertuduh mengatakan dia sihat dan layak untuk dibicaraka­n.

Sehubungan itu, dalam sebutan kes semalam, tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut dan mahkamah seterusnya memerintah­kan dia dipenjara 12 tahun mulai tarikh tangkap iaitu pada 21 September 2020.

Mahkamah juga memerintah­kan tertuduh ditahan sementara di lokap Balai Polis Gita berikutan pihak penjara tidak menerima sebarang tahanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sebelum dijatuhi hukum juga, tertuduh hanya memberikan rayuan ringkas dengan memohon agar dikenakan hukuman ringan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan bagaimanap­un memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman berat dengan mengambil kira kepentinga­n awam, berat kesalahan dilakukan, hubungan mangsa dan tertuduh serta trauma yang dihadapi oleh keluarga mangsa.

 ??  ?? TERIMA HUKUMAN: Tertuduh (tengah) akan dihantar ke lokap Balai Polis Gita sebelum menjalani hukuman di Penjara Puncak Borneo.
TERIMA HUKUMAN: Tertuduh (tengah) akan dihantar ke lokap Balai Polis Gita sebelum menjalani hukuman di Penjara Puncak Borneo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia