Utusan Borneo (Sarawak)

CHILE IKAT ARGENTINA DENGAN 1-1

Perlawanan Copa Amerika menyaksika­n bintang Argentina Messi menjaringk­an gol menerusi tendangan percuma

-

RIO DE JANEIRO: Bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, menjaringk­an gol menerusi tendangan percuma cantik tetapi Chile bangkit untuk mengikat kedudukan 1-1 pada perlawanan Copa Amerika di sini pada Isnin.

Gol cantik Messi meletakkan Argentina di hadapan pada separuh masa pertama tetapi Eduardo Vargas mengikat kedudukan dalam separuh masa kedua selepas penjaga gol Argentina, Emiliano

Martinez menepis penalti Arturo Vidal.

Sebelum perlawanan Kumpulan B ini bermula di Stadium Nelson Santos di Rio de Janeiro, ada penghormat­an diberikan kepada bintang legenda Argentina, Diego Maradona, walaupun perlawanan berlangsun­g tanpa penonton kerana sekatan pergerakan ekoran COVID-19.

Peluang pertama dimiliki Messi seawal minit kelapan apabila Leandro Paredes mengumpan bola kepada Nicolas Tagliafico di sayap kiri dan beliau melorong bola kepada Messi, yang gagal melakukan penyudah kemas.

Tidak lama selepas itu, Giovani Lo Celso melakukan hantaran dari kiri padang tetapi Lautaro Martinez gagal menolak bola dari jarak dekat.

Argentina mengawal sepenuh permainan dan Lo Celso mengumpan bola kepada Nicolas Gonzalez tetapi rembatanny­a dari jarak jauh diselamatk­an oleh penjaga gol Claudio Bravo.

Argentina akhirnya memperoleh­i gol pada minit ke-33 apabila Messi menjaringk­an satu tendangan percuma cantik.

Mereka boleh menambah jaringan tidak lama selepas itu tetapi cubaan Martinez tersasar.

Namun Chile memulakan separuh masa kedua dengan lebih bersemanga­t dan Erick Pulgar mengumpan bola kepada Vargas dalam kotak penalti tetapi rembatanny­a ditepis Martinez.

Bagaimanap­un, Vidal cuba merembat bola muntah dan dikasari Tagliafico, menyebabka­n pengadil mendapat nasihat panel video bantuan pengadil (VAR) dan satu penalti diberikan.

Martinez berjaya menepis bola tendangan Vidal ke pintu gol tetapi Vargas bertindak pantas menanduk bola muntah ke pintu gol untuk mengikat kedudukan.

Argentina kembali mengasak untuk mencari gol pendahulua­n sekali lagi tetapi gagal melakukan penyudah meyakinkan dengan satu cubaan Gonzalez dihadang Gary Medel sebelum satu tandukanny­a tersasar dari tendangan percuma Messi.

Messi kemudian mencipta ruang dalam kotak penalti tetapi Bravo bertindak tangkas menyelamat cubaan penyudah.

Argentina tidak bernasib baik menjaringk­an gol kemenangan pada minit akhir apabila tandukan Messi terkena palang ketika Chile bertahan sehingga ke wisel penamat. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERGAYA: Messi (kanan) melakukan sepakan percuma pada perlawanan Copa Amerika di antara Chile dan Argentina di Stadium Nilton Santos di Rio de Janeiro, Brazil, kelmarin.
— Gambar AFP BERGAYA: Messi (kanan) melakukan sepakan percuma pada perlawanan Copa Amerika di antara Chile dan Argentina di Stadium Nilton Santos di Rio de Janeiro, Brazil, kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia