Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek bunuh keluarga Islam akan didakwa atas tuduhan pengganas

Amat penting untuk melabelkan jenayah itu sebagai tindakan pengganas kerana ia dapat halang tragedi sama berulang: Pengarah Bahagian Majlis Muslim Kanada

-

OTTAWA: Suspek lelaki yang disyaki sengaja melanggar sebuah keluarga Islam dengan trak pikap di kota London, wilayah Ontario pada petang 6 Jun, akan didakwa atas tuduhan pengganas, kata pendakwa raya Kanada di mahkamah kelmarin.

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau sebelum ini menyifatka­n kejadian itu sebagai serangan pengganas.

Mangsa dikenali Salman Afzaal berusia, 46, isterinya Madiha Salman, 44, anak perempuan mereka Yumna Salman,15, dan nenek berusia 74 tahun, Talat Afzaal.

Fayez Afzaal, 9, satu-satunya mangsa yang terselamat dan dimasukkan ke hospital dengan kecederaan serius tetapi stabil.

Nathaniel Veltman, 20, sudah berdepan empat pertuduhan iaitu melakukan pembunuhan tahap pertama dan satu pertuduhan cubaan membunuh.

“Peguam persekutua­n dan wilayah sudah memberi kebenaran untuk memulakan prosiding terorisme, menyatakan pembunuhan dan cubaan membunuh adalah juga aktiviti pengganas,” kata Polis Diraja Kanada (RCMP) dalam satu kenyataan selepas perbicaraa­n.

Veltman, yang tidak mempunyai rekod jenayah dan tiada hubungan yang diketahui dengan manamana kumpulan ekstremis, memberitah­u mahkamah melalui pautan video bahawa dia tidak mempunyai peguam. Dia masih belum mengemukak­an rayuan dan dijangka akan hadir semula di mahkamah pada 21 Jun.

“Pembunuhan ini bukan satu kemalangan. Ini adalah serangan pengganas, berpunca dari kebencian, di tengahteng­ah salah satu komuniti kita,” kata Trudeau dalam ucapan yang penuh semangat di Dewan Rakyat.

Serangan itu mencetuska­n perdebatan mengenai Islamofobi­a yang tersebar luas di Kanada, serta menambahka­n kebimbanga­n di kalangan komuniti Islam bahawa ciriciri luaran mengikut afilasi agama boleh menjadikan seseorang itu sebagai sasaran.

Ia adalah serangan antiIslam yang paling berdarah di Kanada sejak insiden tembakan di sebuah masjid di Bandar Quebec yang mengorbank­an enam nyawa pada 2017.

“Saya fikir adalah amat penting untuk kami menamakan ia sebagai tindakan pengganas,” kata Timbalan Perdana Menteri Chrystia Freeland.

“Ia adalah penting untuk kami mengenal pasti ini sebagai satu tindakan bersifat Islamofobi­a, dan amat penting untuk kami mengenal pasti ancaman buruk oleh pihak ketuanan kulit putih terhadap Kanada, dan juga rakyat Kanada.”

Tuduhan membunuh lebih serius daripada keganasan.

Tetapi, Pengarah Bahagian Majlis Muslim Kanada Yusuf Faqari, memberitah­u Global News bahawa amat penting untuk melabelkan jenayah itu sebagai tindakan pengganas kerana ia dapat menghalang tragedi sama berulang. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PENGHORMAT­AN: Gambar fail menunjukka­n saudara mara dan penyokong berhimpun pada upacara pengebumia­n keluarga Afzaal di Pusat Islam Ontario Barat Daya di kota London, wilayah Ontario, Kanada pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP PENGHORMAT­AN: Gambar fail menunjukka­n saudara mara dan penyokong berhimpun pada upacara pengebumia­n keluarga Afzaal di Pusat Islam Ontario Barat Daya di kota London, wilayah Ontario, Kanada pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia