Utusan Borneo (Sarawak)

PELAN PEMULIHAN NEGARA

Muhyiddin umum Pelan Pemulihan Negara yang diyakini dapat mengembali­kan penghidupa­n harian biasa menjelang akhir tahun.

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengumumka­n Pelan Pemulihan Negara yang diyakini dapat mengembali­kan penghidupa­n harian biasa menjelang akhir tahun termasuk mengadakan semula sesi persidanga­n Parlimen pada September atau Oktober.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan itu adalah satu strategi peralihan keluar dari kemelut pandemik COVID-19 merangkumi empat fasa yang akan melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingk­at.

Beliau berkata demikian ketika mengumumka­n Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingk­at yang disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen petang semalam.

Muhyiddin berkata, setiap fasa berpaksika­n kepada data yang bersandark­an tiga indikator ambang utama ataupun 'threshold' untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

Indikator pertama ialah keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarka­n bilangan kes jangkitan harian, indikator kedua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarka­n kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan indikator ketiga adalah tahap populasi yang dilindungi berdasarka­n peratusan yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Fasa pertama pada Jun, iaitu pelaksanaa­n PKP menyeluruh yang sedang dilaksanak­an dalam keadaan bilangan kes adalah tinggi, sistem kesihatan awam pada tahap kritikal dan kadar pencapaian vaksinasi yang masih rendah.

Fasa kedua (Julai – Ogos) akan menyusul setelah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes, sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana dan 10 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Seperti fasa pertama, aktiviti sosial dan kawalan pergerakan di bawah fasa kedua akan terus dikawal dengan ketat dengan aktiviti ekonomi dibuka secara berperingk­at dengan membenarka­n kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis.

Perdana Menteri berkata, pendekatan senarai positif diteruskan iaitu hanya sektor yang tersenarai dibenar beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup.

Muhyiddin berkata, pada masa sama senarai positif daripada fasa pertama akan juga diperluask­an semasa fasa kedua dengan menambah beberapa sektor manakala aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Beliau berkata, antara aktiviti dibenarkan semasa fasa kedua ialah pembuatan seperti simen untuk memastikan kelangsung­an pembinaan yang dibenarkan serta aktiviti peruncitan seperti barangan elektronik dan komputer bagi menyokong mereka yang bekerja dari rumah.

Bagaimanap­un, beliau berkata masih terdapat aktiviti pembuatan, pembinaan, peruncitan dan perkhidmat­an yang tidak disenaraik­an dan kekal tidak beroperasi seperti pembuatan tekstil dan kedai perabot.

Bagi fasa ketiga (SeptemberO­ktober), Perdana Menteri berkata, semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19 yang masih ditutup.

Beliau berkata, fasa itu boleh digerakkan sekiranya Malaysia berjaya mencapai nilai ambang iaitu purata kes harian menurun ke paras bawah 2,000 kes, sistem kesihatan awam berada pada tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi dan 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Nilai ambang itu dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir Ogos, katanya

Pada fasa ketiga semua sektor ekonomi akan dibenar beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi menyebabka­n jangkitan COVID-19 atau melibatkan keramaian.

Sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80 peratus seperti fasa kedua dan aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingk­at, kata Muhyiddin.

Beliau berkata di bawah fasa ketiga, semua aktiviti pembuatan akan dibenar beroperasi tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dan had kapasiti.

Senarai negatif yang tidak dibenarkan beroperasi merujuk kepada aktiviti berisiko tinggi kerana melibatkan keramaian seperti penganjura­n konvensyen dan penjarakan sosial tidak dapat diamalkan seperti pub, spa dan salon kecantikan.

Namun, Perdana Menteri berkata kelonggara­n kepada had kapasiti akan dipertimba­ngkan untuk membolehka­n syarikat beroperasi sepenuhnya setelah pekerjanya divaksinas­i.

Muhyiddin menyuaraka­n komitmen bahawa persidanga­n Parlimen boleh diadakan dalam fasa ini pada September atau Oktober dengan mengikut SOP yang ketat.

“Ini adalah pendirian saya dari awal bahawa sistem Demokrasi Berparlime­n boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai, iaitu setelah keskes COVID-19 terkawal dan kita hampir mencapai imuniti kelompok.

“Saya akan terus mendukung prinsip Demokrasi Berparlime­n dan Raja Berperlemb­agaan,” katanya.

Beliau memberi amaran agar jangan ada pihak yang sengaja menimbulka­n keresahan dan kecelaruan dalam kalangan rakyat sehingga mengganggu tugas utama kerajaan untuk menangani pandemik COVID-19.

Perdana Menteri berkata, fasa keempat boleh digerakkan sekiranya nilai ambang tercapai iaitu purata kes harian menurun ke paras bawah 500 kes, sistem kesihatan awam berada pada paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi dan 60 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Beliau berkata berdasarka­n unjuran pelaksanaa­n Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, peralihan itu dijangka dapat dilaksanak­an seawal akhir Oktober.

Muhyiddin berkata, fasa keempat mungkin boleh mengembali­kan norma kehidupan seharian dengan semua sektor ekonomi dibuka, lebih banyak aktiviti sosial dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelanconga­n domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat.

Beliau berkata, fasa itu dapat dilaksanak­an apabila bilangan kes COVID-19 adalah rendah, sistem kesihatan awam pada tahap selamat dan program vaksinasi mencapai tahap imuniti kelompok atau 'herd immunity' selewatnya pada akhir tahun ini.

“Kerajaan telah merangka pelan ini dengan membuat pertimbang­an sebaiknya bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah untuk melindungi nyawa dan memastikan kelangsung­an hidup rakyat,” katanya.

Beliau berkata, peningkata­n bekalan vaksin sebanyak 16 juta dos pada hujung Julai ini serta peningkata­n kadar pemberian vaksin harian membuatkan kerajaan lebih yakin untuk menjayakan pelan itu.

Kesemua SOP bagi fasa-fasa itu akan diperincik­an oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN)dandiumumk­andalam masa terdekat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENUH YAKIN: Muhyiddin ketika mengumumka­n Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingk­at yang disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen petang semalam.
— Gambar Bernama PENUH YAKIN: Muhyiddin ketika mengumumka­n Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingk­at yang disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia