Utusan Borneo (Sarawak)

Lima kluster baharu COVID-19 diisytihar di Sarawak

Kluster berkenaan adalah dua di daerah Kuching, masing-masing satu di Subis, Meradong dan Julau

-

Kluster Jalan Daya merupakan satu kluster di tempat kerja yang dikesan melibatkan sebuah kilang pemprosesa­n makanan laut di kawasan perindustr­ian Pending, Kuching yang berpunca daripada pergerakan sosial dan kontak rapat dalam kalangan pekerja kilang tersebut.

KUCHING:JabatanKes­ihatan Negeri Sarawak (JKNS) telah mengisytih­arkan lima kluster baharu COVID-19 iaitu dua di daerah Kuching sementara masing-masing satu di Subis, Meradong dan Julau.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kluster berkenaan adalah Kluster Jalan Daya dan Kluster Kampung Muara Tebas di daerah Kuching, Kluster Dulang di daerah Subis, Kluster Nanga Strass di daerah Meradong dan Kluster Nanga Sejugam di daerah Julau.

“Kluster Jalan Daya merupakan satu kluster di tempat kerja yang dikesan melibatkan sebuah kilang pemprosesa­n makanan laut di kawasan perindustr­ian Pending, Kuching yang berpunca daripada pergerakan sosial dan kontak rapat dalam kalangan pekerja kilang tersebut.

“Mereka yang didapati positif adalah penghuni-penghuni rumah pekerja kilang tersebut yang terletak di Jalan Daya, Kuching. Sejumlah 153 individu telah disaring di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; 50 kes didapati negatif dan 76 kes masih menunggu keputusan makmal,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Jawatankua­sa berkata, bagi Kluster Kampung Muara Tebas, Kuching ia merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan beberapa keluarga di rumah berasingan di Kampung Muara Tebas yang berpunca daripada pergerakan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk di kampung tersebut.

Katanya sejumlah 17 individu telah disaring di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan tiga kes didapati negatif.

Sementara Kluster Dulang di Subis merupakan kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan sebuah ladang kelapa sawit di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di kawasan Suai, Subis yang melibatkan pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan pekerja ladang tersebut.

Katanya sejumlah 289 individu telah disaring di mana 39 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; 249 kes didapati negatif dan satu kes masih menunggu keputusan makmal.

“Manakala Kluster Nanga Strass, Meradong, merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Nanga Strass di daerah Meradong melalui pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk.

“Sejumlah 72 individu telah disaring di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; 40 kes didapati negatif dan tiga kes masih menunggu keputusan makmal,” kata JPBNS.

Bagi Kluster Nanga Sejugam di Julau, ia merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Nangan Sejugam melalui pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk.

Katanya sejumlah 148 individu telah disaring di mana 64 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan 84 kes didapati negatif.

Jawatankua­sa turut memaklumka­n bahawa Jabatan Kesihatan Negeri mengisytih­arkan dua kluster tamat selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster.

Dua kluster berkenaan ialah Kluster Long Jegan, Beluru dan Kluster Jalan Sultan Tengah, Kuching.

“Ini menjadikan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 86 kluster.

“Sebanyak 13 kluster aktif yang telah merekodkan 172 penambahan kes baharu manakala 73 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” katanya.

JPBNS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia