Utusan Borneo (Sarawak)

UCTS tunggu lampu hijau digunakan sebagai PPV: Dr Annuar

-

SIBU: Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) menunggu kebenaran Badan Bertindak Imunisasi COVID19 (CITF) agar premisnya digunakan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Pengerusi Lembaga Pengarah UCTS Dr Annuar Rapaee berkata, jika diberi lampu hijau oleh CITF, PPV di UCTS mampu memvaksina­si kira-kira 1,000 orang setiap hari.

Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu itu berkata, ini memang melengkapk­an usaha PPV lain di Sibu iaitu Stadium Tertutup Sibu, Dewan Komuniti Sibu Jaya, Klinik Kesihatan Lanang dan Sibu Jaya selain swasta.

“PPV dicadangka­n di UCTS dikendalik­an Sekolah Perubatan SEGi dan mampu memberi 1,000 vaksinasi sehari,” katanya.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu berkata ini antara langkahlan­gkah memperkuku­h usaha mencapai imuniti kelompok di sini terhadap COVID-19 menjelang Ogos depan.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata, PPV untuk industry akan ditubuhkan untuk pekerja-pekerja dan keluarga mereka.

“Selain itu, unit bergerak Jabatan Kesihatan ditingkatk­an bagi program ‘outreach’ untuk memvak- sinasikan penduduk luar bandar,” jelasnya.

Padawaktus­ama,pihaknya meminta Jawatankua­sa Keselamata­n dan Pembanguna­n Desa (JKKK) dan tuai rumah terlibat secara langsung dalam program vaksinasi di desa dan rumah panjang.

Dr Annuar berkata, jumlah PPV di Sibu meningkat di mana Dewan Suarah Sibu merupakan tempat dicadangka­n memvaksina­si ramai dan secepat mungkin penduduk Sibu mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat.

Sementara itu, Sibu mencatat 63 kes COVID-19 kelmarin dan 48 kes dari kawasan Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) sementara Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) mempunyai 15 kes.

 ??  ?? BINCANG: Dr Annuar (tengah) berbincang sesuatu dengan pensyarah Universiti SEGi Profesor Dr Mohd Raili Suhaili (kiri), sementara Ketua Jabatan Modal Insan UCTS Jimmy De Rozario (kanan) melihat sama.
BINCANG: Dr Annuar (tengah) berbincang sesuatu dengan pensyarah Universiti SEGi Profesor Dr Mohd Raili Suhaili (kiri), sementara Ketua Jabatan Modal Insan UCTS Jimmy De Rozario (kanan) melihat sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia