Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan baik daripada warga desa di Pusat Pemberian Vaksin Betanak

-

PULAU BRUIT, DARO: Proses pemberian vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Kampung Betanak di sini berjalan lancar dan menerima sambutan baik dengan jangkaan 460 dos diberikan sementara menunggu vaksin peringkat seterusnya tiba.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol berkata, beliau dimaklumka­n oleh penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Klinik Betanak Mohammad Madzihi Musa, 340 dos telah diberikan setakat 15 Jun.

Operasi PPV Betanak bermula pada 7 Jun lepas membabitka­n pemberian 100 dos, disusuli pada 14, 15 dan 16 Jun membabitka­n 360 dos.

Proses pemberian vaksin di PPV itu akan diadakan semula setelah menerima bekalan seterusnya.

“Kehadiran adalah mengikut penggilira­n setiap kampung di kawasan utara Pulau Bruit. Semalam (Isnin) bermula dengan penduduk Kampung Bruit dan hari ini KampungTek­ajong manakala esok Kampung Penipah,” katanya ketika meninjau proses pemberian vaksin di PPV Betanak semalam.

Kebanyakan yang hadir untuk vaksinasi adalah warga tua yang berisiko tinggi.

Semasa tinjauan ini, Abdullah berkata beliau mendapati beberapa perkara perlu diberi perhatian segera seperti liputan Internet yang lemah menyebabka­n kesukaran untuk akses MySejahter­a.

Beliau memberi jaminan untuk segera melapor kelemahan liputan Internet ini kepada agensi berkaitan untuk tindakan segera.

Kekurangan peralatan seperti komputer riba di klinik juga mengganggu kelancaran gerak kerja di PPV Betanak.

Beliau telah meminta Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) meminjamka­n komputer riba mereka untuk kegunaan di klinik tersebut.

Mengenai kekurangan tenaga kerja bagi membantu kelancaran proses pemberian vaksin di Betanak, beliau telah meminta ketua masyarakat serta ketua SABERKAS Unit Kampung agar segera bertindak mencari belia-belia di kampung masing-masing untuk menjadi sukarelawa­n.

“Secara amnya semua warga kerja yang terlibat di Kampung Betanak telah menunjukka­n dedikasi serta kesabaran yang harus dipuji,” katanya.

Semasa berjumpa dengan kakitangan klinik tersebut, Abdullah telah menerima permohonan untuk membeli beberapa peralatan asas di Klinik Betanak yang usang.

Lantaran itu, beliau meminta mereka menyerahka­n permohonan bertulis kepadanya untuk dipertimba­ngkan.

Abdullah yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) turut memberi dua kerusi roda untuk kegunaan di PPV Betanak.

Beliau juga berpeluang berjumpa dan menyampaik­an insentif rangsangan kepada Afiqah Bujang dari SMK Semop di Betanak yang mendapat 5A dalam SPM 2020 manakala di Kampung Penibong beliau turut menyampaik­an insentif kepada Haziq Aqilah Abdul Rahman yang memperoleh­i 7A SPM.

 ??  ?? SUMBANGAN: Abdullah menyampaik­an dua kerusi roda sumbangann­ya bagi kegunaan di PPV Betanak ketika meninjau proses pemberian vaksin COVID-19 semalam.
SUMBANGAN: Abdullah menyampaik­an dua kerusi roda sumbangann­ya bagi kegunaan di PPV Betanak ketika meninjau proses pemberian vaksin COVID-19 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia