Utusan Borneo (Sarawak)

Abdul Yakub syukur PPV banyak bantu penduduk dapatkan vaksin

-

MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi bersyukur kerana Klinik Kesihatan Balingian kini telah menjadi salah satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menurutnya, ia telah banyak membantu memudahkan rakyat mendapatka­n suntikan vaksin terutama golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

“Kita amat berterima kasih kerana kerajaan amat prihatin akan rakyat dengan menyediaka­n lebih banyak PPV seperti di Klinik Kesihatan Balingian ini,” katanya ketika lawatannya ke PPV Klinik Kesihatan Balingian di sini, kelmarin.

Sebelum ini, PPV terdekat untuk kawasan Balingian adalah di Dewan Suarah Mukah atau Hospital Mukah iaitu sekitar sejam perjalanan dari daerah tersebut.

Beliau pada masa sama turut berterima kasih kepada semua petugas yang terlibat dalam memastikan kejayaan program imunisasi kebangssan tersebut.

Seramai 120 penerima vaksin di PPV Klinik Kesihatan Balingian menerima suntikan kelmarin.

Sementara itu, seorang penerima Ali Adenan memberitah­u bahawa dia sangat teruja dengan suntikan dos pertamanya.

“Bagi saudara-mara dan rakan-rakan yang belum mendaftar, silalah daftar sekarang.

“Ini kerana setelah mendapat suntikan, ia seolaholeh kita telah memberikan perlindung­an bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada semua yang ada di persekitar­an,” katanya.

KUCHING: Golongan berisiko rendah daripada Pergerakan Wanita, Pemuda dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti PERKIM Daerah Lundu akan didaftarka­n sebagai sukarelawa­n Pusat Khidmat Tanjong Datu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata, ia bagi membantu mencapai sasaran seramai 1,000 orang divaksin dalam satu hari di kawasan tersebut.

“Semua penduduk kampung yang belum menerima vaksin disaran memaklumka­n kepada ketua kaum dan ketua masyarakat di kampung masing-masing agar proses imunisasi ini berjalan lancar.

“Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tanjong Datu akan turut membantu dalam proses ini,” katanya dalam hantaran Facebook Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu pada Isnin.

Terdahulu Jamilah turut menghantar kerusi roda dan kipas angin ke Pejabat Daerah Lundu untuk kemudahan orang ramai yang menerima vaksin COVID-19.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani dan Ketua Pergerakan Wanita PBB N3 Tanjong Datu Fatimah Abdullah.

 ??  ?? SYUKUR: Abdul Yakub (dua kanan) ketika melawat ke PPV Klinik Kesihatan Balingian kelmarin.
SYUKUR: Abdul Yakub (dua kanan) ketika melawat ke PPV Klinik Kesihatan Balingian kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia