Utusan Borneo (Sarawak)

Bahagian Miri mampu beri 16,400 dos sehari menerusi 40 PPV

-

MIRI: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri komited untuk mencapai sasaran pemberian 16,400 dos vaksin melalui Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK) dalam masa sehari menerusi 40 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bahagian ini.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin yang juga menteri bertanggun­gjawab bagi JPBB Miri berkata, usaha ini membantu menyediaka­n kapasiti lebih besar dan mencapai sasaran sekurang-kurangnya 80 peratus populasi di bahagian Miri menerima vaksin lengkap menjelang akhir Ogos tahun ini.

Daripada 40 PPV yang telah diwujudkan di lima daerah dalam bahagian ini, daerah Miri kini mempunyai 13 PPV termasuk empat PPV Hospital Swasta (PPVHS) dan satu PPV AstraZenec­a (PPVAZ) yang khusus untuk vaksin berkenaan.

Daerah Miri dengan PPV Dewan Dato’ Lee Teck Fook di Riam Road Secondary School (RRSS) yang baharu mampu menyediaka­n 1,500 dos manakala PPV Eastwood ditingkatk­an kepada 2,500 dan PPV Dewan Dato Permaisuri sebanyak 1,500.

Selain itu, empat PPVHS mampu memberi 700 dos dan lima klinik kesihatan di pedalaman masing-masing berkapasit­i 200 dos serta PPVAZ di IKBN sebanyak 400 dos.

“Kesemua 13 PPV di daerah Miri mampu memberikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer, Sinovac dan AstraZenec­a dengan jumlah kapasiti pemberian vaksin sebanyak 7,600 dos sehari,” katanya.

Sementara itu, daerah Subis mempunyai lima PPV dengan kapasiti pemberian vaksin sebanyak 2,600 dos sehari, daerah Beluru yang mempunyai enam PPV mempunyai kapasiti 1,800 dos vaksin sehari, daerah Marudi yang mempunyai lima PPV boleh memberikan 1,800 dos vaksin sehari dan daerah Telang Usan yang mempunyai 11 PPV boleh memberikan 2,600 dos vaksin sehari.

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kapasiti pemberian vaksin untuk penduduk di bahagian Miri adalah sekurang-kurangnya 16,400 dos dalam masa sehari,” ujar Lee.

Terdahulu, beliau telah mengetuai JPBB Miri meninjau persiapan PPV yang baharu iaitu PPV Dewan Dato’ Lee Teck Fook di RRSS semalam.

Menurut Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong yang turut mengiringi Lee, pembukaan PPV itu adalah bagi memindahka­n operasi pemberian vaksin PPV Hospital Miri yang tidak mampu menampung permintaan vaksin yang tinggi, ruang menunggu terhad dan tiada tempat letak kereta.

PPV baharu yang menggantik­an PPV Hospital Miri ini mempunyai kapasiti 1,500 dos sehari dan akan beroperasi bermula Khamis ini.

Penerima vaksin boleh meletakkan kenderaan mereka di parkir kereta luar kawasan sekolah manakala bagi penerima yang berkerusi roda atau kurang upaya dibenarkan masuk terus menuju ke pintu utama PPV yang telah disediakan khas.

Turut hadir Pemangku Residen Miri merangkap Pengerusi JPBB Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf.

 ??  ?? LAWAT: Lee (depan) ketika meninjau PPV Dewan Dato’ Lee Teck Fook di RRSS yang menggantik­an PPV Hospital Miri bermula Khamis ini.
LAWAT: Lee (depan) ketika meninjau PPV Dewan Dato’ Lee Teck Fook di RRSS yang menggantik­an PPV Hospital Miri bermula Khamis ini.
 ??  ?? KEMUDAHAN: Kerusi roda dan kipas angin sumbangan Jamilah untuk membantu orang ramai terutama warga emas yang mendapatka­n vaksin COVID-19.
KEMUDAHAN: Kerusi roda dan kipas angin sumbangan Jamilah untuk membantu orang ramai terutama warga emas yang mendapatka­n vaksin COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia