Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pesakit kongsi keperitan melawan COVID-19

Empat ahli keluarga Ghazali, dua adik dan dua bapa saudaranya meninggal dunia akibat wabak maut itu

- Oleh Saibi Gi

Saya ditidurkan dalam wad ICU kerana virus telah menyerang organ dalaman badan dan memerlukan alat

” bantuan pernafasan.

KUCHING: Mungkin sudah tiba giliran saya (dicabut nyawa), itu yang terdetik dalam benak fikiran bekas pesakit COVID-19 tahap lima, Mohammad Ghazali Abdul Rahman.

Ghazali, 54, menerima perkhabara­n dua adiknya maut selepas dijangkiti virus itu ketika sudah dikuaranti­n di wad biasa Hospital Umum Sarawak.

Pada 18 Mac 2020, ibunya meninggal dunia akibat serangan COVID-19. Bermula dari detik itu, empat ahli keluargany­a (dua adik dan dua bapa saudaranya) meninggal dunia.

Dia merupakan antara yang terselamat daripada wabak pembawa maut Kluster Itali itu, yang tercetus pada Mac 2020 – antara kes COVID-19 awal di Sarawak.

Ibu, dua adik dan bapa saudaranya merupakan korban virus tersebut manakala dia serta isteri dan anak-anaknya yang tinggal serumah, semua positif COVID-19 – jangkitan daripada ibunya.

Ibunya meninggal dunia pada 18 Mac 2020, adik perempuan 21 Mac, adik lelaki 23 Mac manakala dua bapa saudaranya pada April.

Ghazali menceritak­an pengalaman­nya yang terlantar di wad Unit Rawatan Rapi, Hospital Umum Sarawak selama 52 hari dengan alat bantuan pernafasan.

“Saya ditidurkan dalam wad ICU kerana virus telah menyerang organ dalaman badan dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Isteri dan anak-anak saya tidak teruk seperti yang saya alami. Mereka cuma dikuaranti­n dan selepas disahkan bebas virus itu, mereka dibenarkan keluar. Saya pula ‘tidur’ dalam wad ICU,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, pada Ahad (13 Jun).

Dia dan ahli keluargany­a yang lain diminta petugas Kementeria­nKesihatan­untuk menjalani ujian calitan susulan ibu mereka meninggal dunia yang kemudianny­a disahkan positif COVID-19.

“Ketika terlantar di hospital, saya dan anak saya menjaga ibu kami sebab saya anak sulung. Selesai urusan pengebumia­n ibu, saya balik rumah dan demam serta rasa letih sangat.

“Saya pada mulanya ingat demam dan letih biasa sebab saya berjaga malam ketika ibu sakit. Saya makan Panadol, tetapi masih juga demam, sehinggala­h petugas kesihatan meminta kami sekeluarga dan sanak-saudara yang menghadiri urusan pengebumia­n menjalani ujian calitan COVID-19,” katanya.

Ghazali disahkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2020 dan mula dikuaranti­n 21 Mac. Dia masih ingat pada 24 Mac dimasukkan ke wad ICU manakala pada Jun dipindah ke wad biasa selepas bertarung agar terus hidup.

Setelah beberapa bulan di hospital, akhirnya pada 11 Jun 2020 dia dibenarkan

Mohammad Ghazali Abdul Rahman

balik rumah. Gembira bukan kepalang dapat berjumpa anak-anak dan isteri, meskipun masih belum sihat sepenuhnya.

Sekembalin­ya ke rumah,

Bekas pesakit COVID-19

dia disambut dengan penuh kegembiraa­n oleh ahli-ahli keluarga dan sanak-saudara kerana dia adalah antara ‘survivor’ daripada Kluster Itali yang meragut nyawa lima ahli keluargany­a.

Dia sehingga kini masih menjalani rawatan susulan bagi memastikan kesihatann­ya pulih sepenuhnya.

“Saya amat bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas dan bertemu kembali dengan keluarga, meskipun perit tetapi ia sudah berakhir,” katanya.

Dengan COVID-19 yang belum reda, dia menitipkan nasihat kepada orang ramai agar mengambil serius semua arahan pihak berkuasa demi membendung penularan wabak ini.

Malah dia menasihati orang ramai agar mengambil vaksin dan tidak perlu bimbang dengan dakwaan pihak tertentu mengenai kesan buruk vaksin.

Dia yang belum menerima vaksin COVID-19 menambah, ambil peluang yang ada kerana COVID-19 adalah benar dan kesakitan yang dialaminya sukar hendak dibayangka­n.

Saya berharap orang ramai yang memandang ringan serangan virus ini agar mengambil iktibar daripada keperitan saya alami selama beberapa bulan di hospital,” katanya.

 ??  ?? GEMBIRA: Ghazali ketika disambut ahli keluargany­a sebaik tiba di rumah selepas dibenarkan keluar hospital pada 11 Jun 2020.
GEMBIRA: Ghazali ketika disambut ahli keluargany­a sebaik tiba di rumah selepas dibenarkan keluar hospital pada 11 Jun 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia