Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Mohamed Sapian dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Sarawak baharu

-

KUCHING: Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Sarawak yang baharu berkuat kuasa 14 Jun 2021 (Isnin).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Dr Mohamed Sapian menggantik­an bekas Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing yang telah bersara wajib pada 21 Mei 2021.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed yang telah dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak yang baharu berkuat kuasa 14 Jun 2021.

“Sebelum ini, Dr Mohamed Sapian merupakan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang sejak tahun 2016,” katanya menerusi catatan Facebook beliau, baru-baru ini.

Dr Noor Hisham berkata, beliau (Dr Mohamed Sapian) merupakan seorang pakar perunding perubatan kesihatan awam yang berpengala­man luas dalam bidang kesihatan awam dan pengurusan.

Antara jawatan yang pernah disandangn­ya ialah sebagai Pegawai Kesihatan Daerah Semporna, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, JKN Pahang; Pengarah Hospital Jengka; Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu; Pegawai Kesihatan (Epidemiolo­gi) Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan; Pegawai Kesihatan Daerah Bera dan Pegawai Kesihatan Daerah Rompin.

“Selamat menjalanka­n tugas dan amanah. Semoga kecemerlan­gan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dapat diteruskan,” katanya.

Sementara itu Dr Chin Zin Hing bersara wajib pada 21 Mei lepas selepas berkhidmat lebih daripada tiga dekad dalam perubatan kepada rakyat Sarawak.

Dr Chin yang juga sebelum ini merupakan pengarah Hospital Umum Sarawak (HUS) telah dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Negeri pada 7 Januari 2020 bagi menggantik­an Dr Jamilah Hashim.

 ?? Dr Noor Hisham Abdullah
— Gambar Facebook ?? BAHARU: Dr Mohamed Sapian (kiri) kini Pengarah Kesihatan Sarawak yang baharu berkuat kuasa 14 Jun 2021.
Dr Noor Hisham Abdullah — Gambar Facebook BAHARU: Dr Mohamed Sapian (kiri) kini Pengarah Kesihatan Sarawak yang baharu berkuat kuasa 14 Jun 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia