Utusan Borneo (Sarawak)

Fadillah dalam keadaan baik pada hari kelima menjalani kuarantin di rumah

-

KUCHING: Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof semalam memaklum bahawa beliau dalam keadaan baik pada hari kelima menjalani kuarantin di rumah setelah disahkan positif COVID-19 pada 10 Jun lalu.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu dalam hantaran Facebookny­a semalam juga memberitah­u bahawa beliau juga tidak mengalami sebarang gejala dengan tahap oksigen kekal 97/98.

“Hari ini Selasa 15 Jun 2021,masuk hari kelima saya menjalani kuarantin di rumah setelah disahkan positif COVID-19 pada 10 Jun 2021.

“Alhamdulil­lah sehingga kini saya berada dalam keadaan baik, tiada sebarang gejala dengan tahap oksigen kekal 97/98. Selera makan pun bertambah. Jadi kenalah saya melakukan workout untuk kekal cergas,” katanya.

Fadillah dalam pada itu berterima kasih atas doa serta ucapan semua pihak.

“Dengan izin Allah dan berkat doa semua, alhamdulil­lah keadaan saya baik dan stabil.Saya bersyukur dan reda dengan takdir Allah.Moga kita semua diberikan perlindung­an dan kesejahter­aan oleh AllahSWT,” ujarnya.

Beliau juga mengajak semua rakyat berdoa agar wabak COVID-19 dapat dipulihkan dan negara segera bebas daripada pendemik tersebut.

“Marilah kita semua terus mematuhi SOP (prosedu roperasi standard)ditetapkan dan bagi yang belum mendaftar untuk suntikan vaksin,daftarlah segera,” tambahnya.

Pada Jumaat, Unit Komunikasi Korporat Kementeria­n Kerja Raya dalam satu kenyataan media memaklumka­n Fadillah disahkan positifCOV­ID-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal sehari sebelum itu.

Jelas kenyataan itu, Fadillah telah menjalani rutin ujian saringan jam10.15 pagi Khamis sebelum disahkan dijangkiti wabak itu.

“Sebelum ini beliau sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk terkini pada 3 Jun 2021.

“Datuk Seri Fadillah kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul,”jelas kenyataan itu.

 ??  ?? FADILLAH
FADILLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia